RM1.6 Bilion ‘Ditabur’ Sepanjang Januari Belum Cukup Untuk Chelsea Tewaskan Fulham

Enzo Fernandez Chelsea

£320 juta (RM1.6 bilion) yang dibelanjakan Chelsea semasa jendela perpindahan bulan Januari tempoh hari nampaknya masih belum cukup untuk menewaskan Fulham.

Kedua-dua pasukan sekadar terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge meskipun Graham Potter menurunkan deretan bintang yang baharu seperti Enzo Fernandes, Mykhailo Mudryk, Benoit Badiashile, Noni Madueke dan David Datro Fofana.

Dengan hanya 22 gol dijaringkan daripada 21 aksi liga sepanjang musim ini, Potter nampaknya masih gagal untuk mencari keserasian antara pemain-pemainnya.

Bagaimanapun pemenang Piala Dunia, Fernandez yang dibawa masuk dengan rekod perpindahan British £107 juta (RM550 juta) dari Benfica telah menampilkan aksi memberangsangkan termasuk menghasilkan satu percubaan.

Fofana dan Madueke yang turut membuat debut mereka turut mencuri tumpuan dengan beberapa pergerakan menarik apabila diturutkan sebagai pemain gantian.

Namun kegagalan untuk memecah kebuntuan sepanjang 90 minit pastinya mengecewakan pemilik kelab Toed Boehly yang sudah menabur wang untuk mengubah nasib pasukan yang kini terus berada di pertengahan liga.

Seorang lagi pembelian mega kelab, Mudryk gagal untuk mempamerkan aksi terbaiknya meskipun menyerlah ketika penampilan pertamanya menentang Liverpool sebelum ini.

“Kami tidak lakukan secukupnya untuk bermain secara menyerang dan mencipta peluang, sedangkan itulah yang sepatutnya dibuat,” ujar Potter yang terus berada di bawah tekanan.

“Hanya sedikit persefahaman, sedikit kestabilan dan sedikit pemahaman sahaja lagi yang diperlukan, kami kekurangan semua itu.”

Potter bagaimanapun masih optimis dengan peluang Chelsea untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

“Apa yang kami perlukan sekarang adalah mencari keserasian dalam pasukan, itulah cabaran utama ketika ini,” tambah Potter lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN