Rizq FC, Tampoi FC Bakal Berentap Di Final Saturday Night Football League (SNFL) 2019

SNFL 2019

Saturday Night Football League atau lebih sinonim dengan panggilan SNFL telah hampir ke penentuan kejuaraan yang menyaksikan dua pasukan iaitu Rizq FC dan Tampoi FC telah melangkah ke final bagi merebut Piala MRS SNFL 2019.

Liga yang menampilkan 16 pasukan itu telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan melangkah ke suku akhir. Semua perlawanan dilangsungkan di Stadium Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka.

Rizq FC yang ditubuhkan pada tahun ini telah mara ke pentas akhir selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Bertam Ulu FC, sementara Tampoi FC pula menang 2-0 ke atas Duyong FC. Yang menariknya, kedua-dua pasukan adalah wakil daripada Kumpulan C.

Rizq FC yang dibarisi oleh bekas-bekas pemain Piala Presiden dan Piala Belia Melaka merupakan Juara kumpulan C dan diikuti oleh Tampoi FC yang merupakan wakil Kampung Tampoi, Melaka.

Untuk rekod, dalam peringkat kumpulan, perlawanan antara kedua-dua pasukan ini telah berkesudahan dengan Tampoi FC tumbang 1-2 kepada Rizq FC. Pastinya ada dendam yang mahu dilunaskan oleh mereka di perlawanan akhir nanti.

Kejohanan hasil inisiatif empat buah kelab iaitu Duyong FC, Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), PSP FC dan Tampoi FC ini turut mendapat kerjasama Pejabat Ketua Menteri Melaka serta mendapat pengiktirafan Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA).

Antara kelab-kelab amatur yang telah menyertai kejohanan ini adalah yang beraksi di Liga Melaka iaitu Bertam Ulu FC, Tampoi FC, Perma FC, UTeM, Duyong FC dan juga PSP FC.

Turut serta dalam kejohanan ini adalah PBB FC, Didad FC, Pekala FC, Siantan United FC, Rizq FC, Batang Tiga FC, Panglima FC, Penjara Melaka FC, Serkam United FC dan FC Bachanglona.

Ini merupakan permulaan buat kejohanan amatur ini dan dijangka akan mendapatkan pengiktirafan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menyertai Liga Amatur M4 di masa akan datang.

Berlangsung selama dua bulan, kejohanan yang julung kalinya diadakan ini telah melibatkan 30 perlawanan dan ianya bakal menawarkan hadiah bernilai RM10,000 buat pemenang.

Siapa yang bakal menjulang MRS SNFL 2019? Ayuh sama-sama memeriahkan dan mengikuti perlawanan akhir yang dijadualkan pada 21 Disember ini di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Kredit Foto: SNFL 2019

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN