Rizal Sudah Beri Penjelasan Kepada FAM

Pemain pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali dilaporkan sudah menghubungi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kegagalan beliau menghadiri kem latihan pusat skuad kebangsaan yang bermula sejak 14 Mac lalu.

Perkara itu disahkan oleh Setiausah Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar yang mengesahkan telah menerima penjelasan pemain bek kanan itu secara bertulis.

Bercakap kepada Bernama, Saifuddin berkata pemain itu tidak dapat hadir ke kem latihan pusat disebabkan masalah kesihatan keluarga terdekat.

Selepas agak lama berdia diri, pemain itu baru-baru ini berkongsi perkhabaran ayahnya yang sakit melalui akaun media sosial Instagram.

Menurut Saifuddin lagi kini terpulang kepada pengurusan pasukan kebangsaan untuk menilai dan membuat keputusan seterusnya berkaitan pemain itu.

Namun demikian, Rizal hampir pasti tidak akan bersama pasukan untuk menghadapi saingan tiga penjuru di Singapura, menentang Filipina pada 23 Mac, dan tuan rumah tiga hari kemudian.

Pasukan negara turut dijadualkan berhadapan Albirex Niigata pada 28 Mac sebelum kembali ke ibu negara.

Sebelum ini Rizal berkemungkinan berhadapan dengan hukuman pergantungan beraksi di saingan domestik dan denda RM25,000 kerana gagal memberikan sebab munasabah dikecualikan daripada panggilan menyertai pasukan kebangsaan.

Isu berkaitan Rizal mulai menjadi isu selepas pemain itu menolak panggilan untuk menggantikan Syahmi Safari yang diberikan pelepasan untuk bersama keluarga selepas isterinya melahirkan kembar tiga.

Ketiadaan Rizal dan Syahmi begaimana pun membuka peluang untuk Ahmad Khuzaimi Piee dari Negeri Sembilan FC untuk menyertai pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN