Riyad Mahrez Umum Keputusan Keluar Leicester, Mahu Sertai Kelab ‘Bercita-cita Tinggi’

The Guardian menulis ‘Riyad Mahrez mengejutkan Leicester City dengan mengumumkan beliau mahu berhijrah pada jendela perpindahan musim panas ini’. Tetapi untuk berlaku jujur, semua orang – termasuk penyokong Leicester – telah menjangkakannya.

Mahrez yang muncul sebagai salah satu watak penting bagi Leicester City untuk muncul juara Premier League musim 2015/2016 telah menarik minat banyak kelab-kelab besar sebelum dipujuk untuk kekal semusim lagi di King Power Stadium oleh pemilik kelab.

Antara kelab-kelab yang dikaitkan dengan Mahrez adalah Arsenal, Barcelona, Monaco dan Tottenham Hotspur. Spurs adalah pasukan pertama yang menafikan minat mereka kepada Mahrez.

Mahu berhijrah ke kelab bercita-cita tinggi

Dalam kenyataan rasminya semalam, Mahrez memberitahu beliau seorang yang ‘sangat bercita-cita tinggi’ dan merasakan sekarang adalah masa untuk beliau berhijrah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kelabnya dan berharap penyokong Leicester memahami keputusannya.

“Disebabkan saya hormat kepada Leicester City, saya mahu berlaku jujur dengan mereka dan mengumumkan kepada kelab bahawa sekarang adalah masa untuk saya berhijrah,” luah pemenang anugerah PFA Player of the Year musim 2015/2016 dalam kenyataannya.

“Saya telah berbincang dengan baik dengan pengerusi kelab pada musim panas lepas dan kami bersetuju bahawa saya akan kekal selama setahun lagi untuk membantu kelab menghadapi transisi selepas menjuarai liga dan berada dalam Champions League.”

Sumber: Sky Sports News HQ

“Bagaimanapun saya seorang yang sangat bercita-cita tinggi dan merasakan sekarang adalah masa untuk berhijrah. Saya sentiasa mempunyai hubungan baik dengan pengerusi dan semua orang di kelab.”

“Saya berharap saya sudah membalas budi baik anda dengan persembahan dan komitmen saya di atas padang sepanjang saya berada di sini.”

Menurut laman web transfermarkt.com, harga pasaran Mahrez ketika ini adalah £25.5 juta.

Dengan kontraknya bakal tamat pada 2020 dan umurnya masih 26 tahun, kami menjangkakan mana-mana kelab yang berminat dengan khidmat Mahrez perlu membayar sekitar £30-40 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN