Corriere Dello Sport melaporkan yang bidaan ketiga AS Roma untuk Riyad Mahrez diterima oleh Leicester City. 2 bidaan awal, masing-masing dengan nilai £20 juta dan £27 juta ditolak.
Namun Roma datang dengan tawaran ke-3 bernilai £31.3 juta dan ia telah diterima. Mahrez merupakan pemain terbaik tahunan PFA pada 2015/16 selepas musim luar biasa membantu Leicester menjuarai EPL musim tersebut.
Leicester memang sudah bersedia melepaskan pemain ini. Ianya selepas Mahrez sendiri meminta agar kelab mempertimbangkan tawaran dari kelab lain untuk beliau. Sebagai langkah awal, Leicester City sudah pun membeli Kelechi Iheanacho dari Manchester City.
Roma telah melepaskan 3 bintang sensasi mereka, Mohamed Salah, Wojciech Szczesny, dan Antonio Rudiger. Mereka juga dilaporkan mungkin akan melepaskan Kostas Manolas.
Riyad Mahrez dilihat sebagai pengganti terbaik kepada Mohamed Salah yang menyertai Liverpool. Mohamed Salah cemerlang menjaringkan 19 gol untuk Roma musim lalu. Mahrez juga tipikal pemain tengah serangan yang prolifik.
Mahrez dijangka akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Roma pada Rabu ini. Ianya prosedur terakhir sebelum beliau diumumkan sebagai pemain baru kelab tersebut.