Rita Rudaini Akui Anak Sulung Ikut Baka Dirinya Dalam Bola Sepak

Aktres terkenal, Rita Rudaini mengakui anak sulung beliau iaitu Airit Rayyan Rizqin mempunyai bakat bermain bola sepak disebabkan baka dirinya yang terdahulu turut terlibat dalam sukan tersebut.

Terdahulu Rita sempat berkongsikan video anaknya bermain bola sepak di Instagram, di mana Rayyan sempat menimbang bola beberapa kali di padang bersama rakan sepasukan lain.

“Terubat Rindu, semalam cikgu hantar dekat mommy. Terima kasih cikgu @wakfarid. Dia dah tak sabar tu. Selalu kira hari je nak turun padang,” jelas Rita menerusi perkongsian tersebut.

Rayyan yang juga merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak Harimau Malaya iaitu Aidil Zafuan itu mempamerkan bakatnya dalam bidang sukan tersebut walaupun pada usia masih muda.

Walaupun begitu, ada beberapa komen yang menyatakan bakat Rayyan hadir kerana bapanya juga merupakan bekas pemain bola sepak profesional sebelum itu.

Umum mengetahui Aidil merupakan salah seorang pemain bola sepak tempatan yang sangat berkualiti dan anak jati Negeri Sembilan itu telah pun beraksi bersama pelbagai pasukan gergasi di Malaysia.

Tampil menafikan perkara tersebut, Rita telah pun memberi komen di Instagram beliau tersendiri dengan menyatakan Rayyan berbakat dalam sukan bola sepak kerana mengikut jejak dirinta suatu ketika.

“Eh, hello kami dulu main bola jugak tau. Semua baka mak. Tinggi, cerdik, hati baik,” komen aktres terkenal Malaysia itu di Instagram beliau.

Malah beberapa komen netizen lain juga turut menyokong kenyataan itu dengan menyatakan bekas suami Rita tidak berhak menerima kredit tersebut kerana ibunya yang sudah berusaha membesarkan Rayyan sejak kecil.

Malah, Rita juga turut menghantar Rayyan berlatih dalam dunia bola sepak sejak masih kecil maka tidak hairan anak aktres tersebut tidak kekok mempamerkan skil beliau menerusi perkongsian video tersebut.

Rayyan kini sedang menuntut pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar dan pada usia 15 tahun, beliau mempunyai perjalanan cukup cerah dalam dunia bola sepak pada masa hadapan.

Terdahulu, aktres kelahiran Perlis itu dan Aidil yang juga merupakan bintang bola sepak kebangsaan, berkahwin pada 2008, namun, bercerai talak satu pada September 2013.

Sepanjang tempoh perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN