Lembaga Manchester United memberithau Jose Mourinho supaya menjual beberapa pemain dahulu sebelum membeli. Ini kerana mereka mahu mengawal kos pembelian pemain.
Mourinho yang sudah meminta budget untuk pembelian pemain baru pada Januari tidak akan mendapat wang yang terlalu besar kali ini.
Berdasarkan laporan BBC, Manchester United enggan dikaitkan dengan salah laku Financial Fair Play (FFP). Ini selepas Mourinho membelanjakan £285 juta untuk membeli 6 pemain dalam masa 2 tahun.
Perbelanjaan yang besar ini membuatkan bil hutang Manchester United meningkat kepada 13.5% ataupun £263.5 juta.
Lindelof menjadi pemain pertahanan termahal pernah dibeli Manchester United dengan nilai £31 juta. Namun masih gagal menjadi pemain utama selepas hampir separuh musim.
Luke Shaw yang bernilai £27 juta, dibeli pada 2014 masih belum berjaya memulakan sebarang perlawanan musim ini. Beliau dijangka salah seorang pemain yang akan dijual.
Dengan kekurangan aksi di dalam padang, agak sukar untuk Manchester United mendapatkan keuntungan daripada pemain tersebut.
Selain daripada Shaw, pemain terbaik tahunan mereka musim lalu, Ander Herrera juga disebut-sebut dalam senarai untuk dipertimbangkan untuk dijual.
Herrera gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama pada awal musim ini. Beliau hanya banyak beraksi dalam beberapa minggu ini kerana kecederaan Pogba dan Fellaini.
Marouane Fellaini juga dalam senarai mungkin akan dikeluarkan dari Old Trafford selepas masih belum menandatangani sebarang kontrak baru.
Sejak mengambil alih jawatan pengurus di Manchester United, Jose Mourinho sudah mengeluarkan 16 pemain termasuk Memphis Depay, Bastian Schweinsteiger, dan Wayne Rooney.
Jumlah jualan tertinggi dicatatkan oleh Morgan Schneiderlin dengan harga the £22 juta. Manakala penjulan Memphis Depay sangat merugikan apabila United hanya menjual pemain itu dengan harga prinsipal £16 juta.
Jika anda adalah Jose Mourinho, siapa pemain akan anda jual dan siapa yang akan anda beli?