Risau Kehilangan Tempat Di Piala Dunia, Michy Batshuayi Mahu Dipinjamkan

Penyerang antarabangsa Belgium yang beraksi bersama Chelsea, Michy Batshuayi dilaporkan bersedia untuk dipinjamkan pada jendela perpindahan Januari ini selepas beliau bergelut untuk merebut tempat di kesebelasan utama Chelsea.

Sekiranya beliau terus kekal di Chelsea dan hanya memanaskan bangku simpanan, Batshuayi pasti berdepan kemungkinan besar untuk tidak disenaraikan oleh pengurus Belgium, Roberto Martinez pada saingan Piala Dunia 2018 di Russia nanti.

Walaupun berjaya menghasilkan beberapa jaringan penting buat The Blues musim ini terutamanya jaringan kemenangan minit akhir pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Atletico Madrid di Wonda Metropolitano, ianya masih belum cukup untuk memenangi hati Antonio Conte.

Michy Batshuayi
HUDDERSFIELD, ENGLAND – DECEMBER 12: Michy Batshuayi of Chelsea in action during the Premier League match between Huddersfield Town and Chelsea at John Smith’s Stadium on December 12, 2017 in Huddersfield, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Keadaan itu makin terserlah apabila Conte lebih memilih untuk meletakkan Eden Hazard sebagai ‘false nine’ berbanding memasukkan Batshuayi sebagai pemain penyerang ketika Alvaro Morata hanya diletakkan dibangku simpanan.

Untuk rekod, pemain berusia 24 tahun berasal dari Brussels ini berjaya menghasilkan tujuh jaringan daripada 15 penampilan bersama pasukan musim ini dalam semua kejohanan. Beliau telah menghasilkan dua gol dalam Liga Perdana Inggeris, tiga gol ketika Piala Carabao manakala dua jaringan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Menurut laman Football.London, beberapa pasukan sedang mengintai untuk mendapatkan khidmat Batshuayi pada Januari. West Ham United dan Monaco dilaporkan menunjukkan minat terhadap penyerang ini.

Chelsea yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain Monaco, Thomas Lemar bersedia untuk menawarkan pinjaman terhadap Batshuayi sebagai sebahagian daripada urusan tersebut.

Namun sekiranya urusan tersebut berjaya dan Batshuayi dipinjamkan ke kelab Perancis itu, ianya seperti masih belum selamat buat beliau kerana Falcao masih merupakan pilihan utama di Stade Louis II.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN