Rio Ferdinand: Saya Hampir Berhijrah Ke Barcelona

Rio Ferdinand

Legenda Manchester United, Rio Ferdinand mendedahkan bahawa beliau hampir untuk meninggalkan kelab tersebut bagi menyertai kelab gergasi La Liga, Barcelona pada musim 2008/09.

Berjaya membentuk gandingan mantap bersama Nemanja Vidic di jentera pertahanan di zaman kegemilangannyatelah memenangi enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan satu trofi Liga Juara-Juara Eropah sepanjang 12 tahun menyarung jersi Manchester United.

Menurut laporan Goal, Ferdinand dan pengurus Barcelona pada ketika itu, Frank Rijkaard dikatakan sudah mengadakan perbincangan dalam usaha memancing bekas pertahanan kental The Red Devils itu ke Nou Camp.

”Ia begitu hampir. Terdapat perbincangan dengan ejen saya, Barca yang telah menyentuh perkara asas.”

MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 30: Edin Dzeko of VfL Wolfsburg competes for the ball with Rio Ferdinand of Manchester United during the UEFA Champions League Group B match between Manchester United and VfL Wolfsburg at Old Trafford on September 30, 2009 in Manchester, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

”Ia sebenarnya selepas perlawanan di Barcelona di mana kami seri 0-0, saya bercakap dengannya [Rijkaard] di dalam terowong selepas perlawanan tersebut,” ujar Ferdinand yang kini merupakan pundit di BT Sport.

”Kami menewaskan mereka dan seterusnya muncul sebagai juara Eropah, jadi mengapa saya perlu meninggalkan juara Eropah untuk berhijrah ke pasukan lain.”

”Pada ketika itu, Xavi, Iniesta dan Messi, mereka bukan pemain seperti tiga empat tahun kemudiannya, jadi ia merupakan lanskap yang berbeza ketika itu buat Barcelona.”

Manchester United meraih gelaran juara Liga Juara-Juara Eropah 2007/08 selepas berjaya menundukkan Chelsea 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi yang berlangsung di Moscow, Rusia.

Kejayaan di Stadium Luzhniki itu juga adalah kali terakhir Manchester United menikmati gelaran juara piala paling berprestij di Eropah tersebut.

Kredit foto: John Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain kami mengenai Ferdinand:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN