Penyerang Everton, Richarlison telah menyatakan komitmennya untuk terus kekal bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu untuk sekurang-kurangnya semusim lagi, tetapi tetap berharap pasukannya dapat mempertimbangkan tawaran yang bersesuaian untuknya.
Penyerang Brazil itu akan berbincang dengan pengurus kelab, Carlo Ancelotti mengenai masa depannya di Goodison Park memandangkan beliau kini telah menjadi buruan kelab-kelab besar Eropah selepas mempamerkan aksi yang memberangsangkan dalam beberapa musim ini.
Richarlison menyertai Everton dari Watford pada 2018 dengan nilai £40 juta dan telah menjaringkan 29 gol dalam semua pertandingan buat The Toffess.
https://twitter.com/alkassdigital/status/1288783131651301378?s=20
“Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat, Ancelotti telah pun memaklumkan pada saya yang dia masih perlukan saya untuk satu musim lagi, dia minta saya bersabar dahulu,” ujar pemain berusia 23 tahun itu.
“Tetapi semuanya bergantung kepada perkembangan semasa, jika datang tawaran yang bagus, kami akan duduk berbincang, itu adalah lumrah dalam bola sepak. Kami masih mempunyai ruang untuk melihat perinciannya sama ada boleh diterima atau tidak.
“Jika ianya [perpindahan] berlaku, sudah tentu dia akan membawa masuk pemain baharu, kami boleh berbincang mengenainya, tetapi saya tiada masalah untuk menunggu semusim lagi.
Richarlison bagaimanapun mengakui beliau gembira berada di bawah bimbingan Ancelotti yang disifatkan sebagai jurulatih yang banyak membantu perkembangannya sejak pengurus warga Itali itu tiba di Everton sejak Disember lalu.
Richarlison has been speaking about his Everton future 👀 pic.twitter.com/qI30lxTjaB
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) July 28, 2020
“Saya dapat rasakan perubahan positif dalam permainan saya, malah saya berjaya membarisi skuad kebangsaan Brazil. Saya lihat perkembangan ini merupakan pencapaian yang baik dalam karier saya,” katanya lagi.
Ancelotti percaya Richarlison mampu menjadi peledak berbisa di Eropah dan mencabar penyerang muda itu menjaringkan 30 gol untuk Everton pada musim hadapan jika mahu menjadi legenda di kelab Marseyside tersebut.
Everton bergelut pada awal musim ini dan pernah terperosok di zon penyingkiran sehingga pihak pengurusan mengambil keputusan untuk memecat Marco Silva pada pertengahan musim. Ketibaan Ancelotti sedikit sebanyak berjaya memulihkan prestasi pasukan dan menamatkan saingan EPL di tangga ke-12.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Richarlison dan Everton: