Sejak hadir ke England untuk bermain bersama Watford sebelum pada musim lalu, Richarlison menjadi antara pemain yang menjadi tumpuan dari pasukan tersebut.
Aksi memukau beliau telah mendapatkan dirinya tempat sebagai pemain Everton musim ini.
Tetapi sebelum kejayaan itu, beliau mengharungi detik sukar dalam permulaan kariernya.
Menurut laman Liverpool Echo, pemain muda Brazil itu mengatakan dirinya hampir saja mahu berputus asa kerana sering kali ditolak oleh pelbagai kelab.
“Saya sudah mula untuk berputus asa dengan bola sepak, tetapi saya gagahkan diri dan pergi ke Belo Horizonte dengan duit yang cukup-cukup untuk beli tiket perjalanan ke sana sahaja.”
“Waktu itu, saya adalah ujian percubaan dengan kelab bernama America MG. Jika saya gagal, saya tak akan ada duit untuk balik ke rumah.”
Tindakan yang dilakukan oleh Richarlison cukup berani, kerana beliau meninggalkan rumah beliau yang terletak di Espiritu Santo yang sejauh 600 kilometer.
Mujur pengorbanan itu membuahkan hasil, beliau diterima dan tinggal di rumah bapa saudaranya yang lebih dekat dengan padang latihan.
“Jari saya tak cukup untuk beritahu kepada anda berapa banyak kelab yang telah menolak saya sebelum ini.”
Kesukaran yang dihadapi oleh Richarlison jelas mengajar beliau untuk lebih banyak bersabar.
Kerana kejayaan itu akan hadir kepada mereka yang bersabar dan setia menanti.
“Saya belajar yang kita perlu sabar dan terus percaya untuk mencapai sasaran yang kita mahu.”