Richard Scully: “Kekuatan Malaysia Hanyalah Sampai Sini Saja”

Penganalisa bola sepak negara, Datuk Richard Scully mahu para penyokong Harimau Malaya untuk tampil realistik dengan mengakui kekuatan pasukan masih belum cukup untuk saingan Piala Asia 2023.

Malaysia ketika ini gagal untuk meneruskan momentum positif mereka dalam beberapa perlawanan di pentas antarabangsa seperti sebelum itu selepas mereka gagal mencatat sebarang kemenangan atau seri dalam saingan tertinggi Asia itu.

Kedudukan terkini peringkat Kumpulan E menyaksikan skuad kebangsaan terperosok di tangga terakhir selepas mereka gagal untuk mengumpul sebarang mata dan gol daripada dua perlawanan dilalui.

Secara keseluruhan, skuad kendalian Kim Pan-gon boleh dikatakan sudah pun gagal untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik jika dilihat pada kedudukan semasa mereka.

Keputusan semasa itu menyaksikan sekelompok penyokong bola sepak Malaysia kini tampil memberi kritikan keras buat skuad kebangsaan atas rasa tidak berpuas hati dengan prestasi ditampilkan pasukan kesayangan mereka.

Walaupun begitu, Richard tampil memberi pandangan supaya para penyokong negara menelan hakikat kekuatan semasa Malaysia sebenarnya masih belum cukup untuk Piala Asia 2023.

Menurut beliau, Malaysia kini masih lagi ketinggalan sebenarnya daripada segi kekuatan fizikal serta kelebihan para pemain sendiri untuk dibandingkan dengan lawan dari ‘Negara Arab’.

Walaupun secara dasarnya skuad kebangsaan kali ini dibarisi oleh pemain serta kejurulatihan terbaik Malaysia, Richar menganggap ianya masih belum cukup untuk mereka beri saingan sengit di pentas Piala Asia.

Malah, beliau turut menyeru supaya para penyokong Malaysia menerima perjuangan Harimau Malaya yang sudah sedaya upaya berjuang di saingan tersebut setakat ini.

“Kita kena terima kekuatan Malaysia hanyalah sampai sini saja iaitu tidak mampu bersaing di pentas yang lebih kompetitif atau mengatasi lawan lebih hebat.

“Mereka (Harimau Malaya) hebat cuma belum cukup baik untuk menumpaskan lawan di saingan Piala Asia.

“Apa yang boleh dilakukan hanyalah ‘move on’ dan persiapan pasukan untuk saingan Piala Asia akan datang,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Richard juga tidak menyalahkan Mohamadou Sumareh dan Natxo Insa yang dibawa masuk pada separuh masa kedua untuk mengekang serangan pihak lawan.

“Apa yang boleh kita harapkan daripada mereka? Peranan kedua-dua pemain itu hanyalah melambatkan serangan pasukan Bahrain saja.

“Kita tidak boleh meletakkan harapan kemasukan mereka dapat menjaringkan gol atau mengatur serangan ke kubu lawan kerana saya lihat itu bukanlah fungsi pemain terbabit,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN