Ricardo Rodriguez Lengkapkan Perpindahan Ke AC Milan, Ikat Kontrak 4 Tahun

Pemain berusia 24 tahun dari Switzerland iaitu Ricardo Rodriguez telah mengesahkan perpindahan beliau ke kelab AC Milan dari kelabnya di Jerman iaitu Wolfsburg baru-baru ini.

Menurut ESPN, beliau telah menandatangani kontrak selama 4 tahun dan beliau secara terang-terangan menyatakan kemahuan untuk menyertai gergasi Itali itu.

Perpindahan itu menelan belanja sebanyak €17 juta menyaksikan Rodriguez menjadi pemain ketiga yang dibawa masuk ke AC Milan selepas berjaya mendapatkan Mateo Musacchio dan juga pemain muda mengujakan Franck Kessie.

Jersi ini untuk yang semangat

Rodriguez nyata bersemangat untuk bermain dengan pasukan juara Eropah 7 kali itu apabila ketika perpindahan ke kelab tersebut masih lagi di peringkat awal, ejenya mendedahkan kemahuan pemain itu untuk menyertai kelab tersebut.

Bagi pengarah AC Milan iaitu Massimiliano Mirabelli, kelab tersebut amat memerlukan pemain yang mempunyai kesungguhan untuk beraksi demi lencana di dada.

“Kami memerlukan pemain yang ada semangat untuk bermain demi kelab.”

“Oleh kerana itu, perkara pertama kami lakukan selepas pemain menjalani uji perubatan adalah mengadakan sesi lawatan ke bilik trofi kelab.”

Rodriguez menghabiskan 5 musim bersama Wolfsburg dengan melakukan 149 penampilan secara keseluruhannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN