AC Milan cukup sibuk dalam jendela perpindahan kali ini.
Baru-baru ini, AC Milan telah mengesahkan perpindahan pemain pertahanan baharu mereka iaitu Mateo Musacchio dari Villareal.
Pertahanan antarabangsa Argentina itu menandatangani kontrak selama 4 tahun untuk menjadi pemain pertama yang menyertai revolusi AC Milan untuk musim baharu.
Revolusi ini diteruskan dengan pemburuan pemain Wolfsburg iaitu Ricardo Rodriguez.
Hal ini telah pun disahkan sendiri oleh ejen Rodriguez sendiri iaitu Fabio Parisi.
Akan tetapi, Parisi mendedahkan yang perpindahan tersebut sedikit terganggu kerana penyertaan Wolfsburg dalam saingan saringan Bundesliga tempoh.
“Apa yang saya boleh cakap, semua orang mahu selesaikan urusan perpindahan ini dengan segera.”
“Pihak AC Milan nyata berminat untuk dapatkan Rodriguez, dan Rodriguez juga berminat untuk setai AC Milan.”
Dalam masa yang sama, AC Milan dalam misi untuk mendapatkan pemain Olympique Lyonnais iaitu Rachid Ghezzal yang akan kehabisan kontraknya pada musim ini.
Namun begitu, AC Milan juga mengalami masalah terutamanya melibatkan Gianluigi Donnaruma.
Hal ini kerana penjaga gol remaja itu kini menjadi rebutan banyak kelab-kelab utama di Eropah.
Lebih perit, Donnaruma kini tinggal setahun saja lagi dalam kontrak beliau bersama AC Milan.