Ricardo Quaresma: Kisah Pemain Sayap Yang Gagal

Semalam pemain sayap FC Porto dan Portugal, Ricardo Quaresma menjaringkan gol trademark nya ketika menentang Paços Ferreira dalam aksi Liga Portugal.

 

Ulangan gol dari sudut berlainan:

 

 

Apa yang anda perlu tahu tentang gol ini adalah, menjaringkan gol seperti ini mungkin peluang sekali seumur hidup bagi pemain bola sepak lain. Tetapi bagi Ricardo Quaresma, gol ini hanya salah satu koleksi repertoire beliau yang dikenali sebagai trivela. Beliau sudah menjaringkan gol sebegini berpuluh-puluh kali dalam kariernya.

download

Harapan masa depan bola sepak Portugal

Nama Ricardo Quaresma mula menjadi sebutan selepas dinaikkan ke skuad utama Sporting CP pada musim 2001/2002 walaupun hanya berusia 17 tahun. Ketika inilah, pemain sayap ini memukau penonton, pemerhati dan penyokong dengan skil gelecekan yang menakjubkan yang menyakitkan hati pertahanan yang menjaganya.

Pada musim sulungnya, Quaresma telah pun bermain 36 perlawanan seluruh musim dan menjaringkan 5 gol. Beliau juga membantu Sporting CP menjulang kejuaraan liga dan Piala Portugis (Portugese Cup).

Pada ketika ini, rakyat Portugal sudah berkira-kira dengan masa depan bola sepak negara mereka. Mereka menjangkakan Quaresma dan satu lagi pemain sayap, Cristiano Ronaldo akan menyambung legasi Luis Figo untuk menjadi salah satu pemain terbaik di Eropah. Mereka juga meramal Quaresma akan lebih menyerlah berbanding Ronaldo.

Pada tahun 2003, Quaresma dan Ronaldo mendapat tawaran berpindah ke dua kelab terbesar di dunia. Dua pemain sayap ini berada di laluan yang betul untuk memenuhi ramalan rakyat Portugal. Ronaldo berpindah ke Manchester United manakala Quaresma ke Barcelona.

quaresma-barca-ricardo-quaresma-181467_415_326

 

Bermula dari kosong di Barcelona

“Saya tidak penyabar ketika di Barcelona. Saya macam tak percaya saya perlu duduk di bangku simpanan. Ianya satu perbuatan yang bodoh.”

Itulah komen Quaresma apabila mengenangkan antiknya di luar padang ketika bersama Barcelona.

Musim pertama Quaresma di Barcelona tidaklah begitu teruk. Beliau membuat 20 penampilan liga dengan 10 daripadanya dari bangku simpanan dan menjaringkan 1 gol. Tetapi beliau tidak berpuas hati hanya di bangku simpanan. Ketika itu beliau perlu bersaing dengan Ronaldinho, Lionel Messi, Javier Saviola dan Marc Overmars – kesemuanya bukan calang-calang pemain.

Untuk menambah garam di luka, beliau terlepas skuad terakhir Portugal ke Euro 2004 kerana kecederaan kakinya.

Ketika pemain lain duduk berehat di rumah sambil menunggu pemulihan kecederaan kaki, Quaresma lantang menempelak bosnya, Frank Rijkaard di hadapan media Portugal. Beliau menegaskan selagi Rijkaard berada di Barcelona, selagi itulah beliau tidak akan kembali ke Barcelona. Ini adalah mesej jelas kepada agennya yang bergegas mencari majikan baru untuk Quaresma selepas hanya setahun di Barcelona.

Kembali ke Portugal

Hajat Quaresma tercapai apabila beliau mendapat tawaran kembali ke Portugal di FC Porto, musuh tradisi kelab yang mengasah bakatnya Sporting CP. Pada masa yang sama juga, Deco berpindah dari FC Porto ke Barcelona. Nasibnya nyata jauh berbeza daripada pengalamannya di Sepanyol apabila pemain sayap ini menyerlah sejak dari hari pertama bersama FC Porto.

Beliau membuka akaun gol pada perlawanan pertamanya – menentang Valencia yang memenangi UEFA Cup – dengan melepasi kawalan David Albelda sebelum melepaskan rembatan kaki kanan dari jarak 27 meter, menewaskan Santiago Canizares. Walaupun Porto tewas dalam perlawanan tersebut, penyokong Porto tahu mereka mempunyai pemain sayap yang istimewa pada Quaresma. Ketika di Porto lah, Quaresma digelar Harry Potter oleh penyokong Porto.

Sepanjang 4 tahun beliau di FC Porto, Quaresma muncul semula sebagai salah seorang pemain sayap yang berbakat di Eropah. Ketika ini beliau sudah terkenal dengan skil trivela dan rabona beliau yang membolehkan beliau menggunakan kaki kanannya secara efektif ketika bermain di sayap kanan atau kiri.

 

“Beliau perlu belajar bertahan bersama pasukan jika mahu bermain” – Jose Mourinho, 2008

Pemerhati bola sepak Itali berpendapat selepas mempunyai 4 tahun pengalaman bermain secara konsisten di Porto, Quaresma akan memenuhi potensi bakatnya bersama jurulatih berkarisma Jose Mourinho di FC Internazionale (Inter Milan) apabila Mourinho membayar €18.6 juta dan pemain muda Pelé (bukan Pele Brazil) untuk servis beliau.

Malangnya di Inter, Quaresma tidak mahu mengubah stail permainannya supaya sesuai dengan taktikal Mourinho. Di Porto, pengurus mereka Jesualdo Ferreira menlepaskan Quaresma dari sebarang kerja defensif dan lebih suka beliau berlegar-legar di kawasan tengah mencari ruang ketika Porto kehilangan bola. Ini membolehkan Porto melancarkan serangan balas dengan pantas dan membebaskan pemain sayap tersebut daripada tugas defensif. Mourinho yang pernah mengkritik Eden Hazard kerana tidak melakukan kerja defensif pada musim 2013/2014 tidak suka dengan stail permainan Quaresma. Beliau pernah berkata:

He is a great talent, but the joy I have at seeing the way Ibra works for and with the team I do not yet have with Quaresma. He will have to learn, otherwise he won’t play, and I am sure he’ll change and become more tactically disciplined. He likes kicking the ball with the outside of his foot, but if you ask me about him in a few months’ time, we’ll be talking about a different Quaresma.

Quaresma banyak digunakan sebagai super-sub, hanya dimasukkan ketika pertahanan lawan sudah mula letih dan masa bermain tinggal kurang 10 minit. Malangnya, permainan menyerang beliau juga seteruk work rate nya. Quaresma kelihatan terdesak untuk menonjolkan skilnya. Jika dahulu Quaresma hanya menggunakan trivela sekali-sekala, di Inter hampir kesemua hantaran beliau dilakukan dengan skil trivela. Jika dahulu beliau pandai meringkaskan gaya permainannya untuk melancarkan serangan pasukan, di Inter beliau beria-ria menggelecek lebih dari satu pertahanan Serie A yang sudah dapat membaca gaya permainannya.

Mourinho nyata jelak dengan persembahan Quaresma sekaligus menghadkan peluangnya bermain kepada hanya 12 penampilan liga pada musim pertama, kesmuanya dari bangku simpanan. Bos Chelsea, Luiz Felipe Scloari membawa pemain sayap ini secara pinjaman tetapi hanya mencatatkan 4 penampilan bersama Chelsea.

Detik bakat Quaresma yang disia-siakan mencapai puncak pada tahun 2008

Pada tahun 2008, ketika juniornya di akademi Sporting CP, Cristiano Ronaldo dimahkotakan sebagai pemain Eropah terbaik di dunia apabila memenangi Ballon D’or, Quaresma pula dimahkotakan Bidone d’oro (tong sampah emas) oleh peminat bola sepak Serie A.

Karier penuh kontroversi di Turki

Dua tahun mereput di bangku simpanan FC Internazionale sudah memberi mesej yang jelas bagi Mourinho bahawa Quaresma merupakan ranting kayu di jalan yang perlu dibersihkan. Karier Quaresma membawanya ke Besiktas pula. Pada usia 27 tahun, Quaresma sudah tidak boleh mensia-siakan bakatnya lagi. Beliau seakan sudah mempelajari sesuatu daripada kariernya apabila menjaringkan 11 gol pada musim pertamanya di Besiktas. Beliau memimpin Besiktas memenangi Turkish Cup dan muncul penjaring gol terbanyak di kelabnya.

Tetapi di akhir musim keduanya di Besiktas, Quaresma sekali lagi mensia-siakan bakatnya apabila mengamuk di bilik persalinan selepas pengurus Besiktas, Carlos Carvalhal mengeluarkan beliau dan memasukkan pertahanan muda, Ismail Koybasi ketika Besiktas masih lagi ketinggalan 1-0 menentang Atletico Madrid di perlawanan kedua pusingan ke-16 Europa League. Di bilik persalinan, Quaresma memaki bosnya sehingga terpaksa ditenangkan oleh pegawai UEFA yang mendengar kekecohan dari luar bilik persalinan.

Pegawai Besiktas memilih untuk berpihak kepada Quaresma dalam isu ini dan memecat Carvajal. Untuk membalas jasa, mereka memohon kepada Quaresma untuk menerima penurunan gaji apabila kontrak beliau diperbaharui kelak. Apabila Quaresma tidak bersetuju, presiden Besiktas Fikret Orman memberi amaran kepada Quaresma di hadapan media Turki  – beliau sendiri akan menamatkan kontrak Quaresma dan beliau tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke Besiktas sampai bila-bila.

Tidak cukup dengan isu itu, pegawai Besiktas Ahmet Mur Cebi melaporkan kepada pengurusan kelab bahawa Quaresma membuang air kecil di bilik persalinan Besiktas dan menunjukkan kemaluannya kepada staf perempuan. Quaresma mengaku tidak bersalah dan dilepaskan.

Sebagai tirai kepada karier peuh kontroversinya di Turki, pemain sayap ini sekali lagi mencipta nama atas sebab yang salah apabila ditahan polis kerana mencederakan pegawai polis.

Selepas kejadian itu, kontrak beliau serta-merta ditamatkan biarpun masih mempunyai baki 6 bulan. Beliau diberi pampasan kontrak sebanyak €1.48 juta.

“Bakat sahaja tidak mencukupi untuk menjadi pemain yang hebat”

download (1)

Akhirnya pada usia 31 tahun, Ricardo Quaresma mengaku bakat sahaja tidak mencukupi untuk menjadi pemain yang hebat. Ia memerlukan disiplin, kerja keras dan keazaman yang tinggi. Cuma sayang, pemain sayap ini hanya menyedari perkara ini pada usia 30-an. Adakah beliau sudah terlambat untuk berubah?

I don’t want him to lose his personality and individuality otherwise he’ll turn into an average player rather than playing like the genius he is – Jesualdo Ferreira, pengurus Porto yang menaikkan profil nama Ricardo Quaresma.

Selepas Besiktas, beliau berkelana di UAE dan bermain di kelab Al-ahli. Selepas tamat kontrak, Quaresma mendapat peluang kedua di FC Porto dan beliau tidak mensia-siakan peluang tersebut. Karier beliau bersama pasukan kebangsaan Portugal juga berjaya diselamatkan apabila pemain sayap ini mengubah sikapnya di dalam dan di luar padang. Kini beliau lebih matang dan tenang, bebas dari kontroversi dan membiarkan orang mengadili aksinya di atas padang, bukannya di luar padang.

Judge this, haters!
Judge this, haters!

Kisah karier beliau wajar menjadi pengajaran kepada pemain bola sepak muda yang mungkin berpendapat bakat bola sepak sahaja akan membawanya pergi jauh. Well…you couldn’t be more wrong, son.

wrong

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN