Frank Ribery merupakan salah satu pemain yang cukup hebat yang pernah beraksi di Bundesliga.
Satu masa dahulu, beliau antara pemain sayap yang cukup mantap. Cuma kini dengan usia yang semakin meningkat dan kecederaan yang dialami membataskan beliau untuk beraksi dengan lebih kerap.
Namun tahukah anda? Dahulu beliau merupakan buruan kelab-kelab dunia?
Tolak tawaran
Ribery mendedahkan sebab kenapa beliau tidak menerima tawaran untuk ke Premier League ketika tahun 2008 dan 2009.
Ketika itu, Manchester United dan Chelsea antara kelab yang benar-benar mahukan khidmat beliau.
Menurut Ribery, Chelsea ketika itu hadir kepada Bayern Munich dengan tawaran lumayan £56 juta termasuk memberi pemain mereka iaitu Jose Bosingwa.
“Semestinya saya fikirkan mengenai perpindahan itu. Ketika itu banyak kelab nak dapatkan saya.”
“Juventus, Inter, Milan, Barca, Real, Chelsea dan Manchester United antara kelab-kelab yang mahukan khidmat saya.”
Namun begitu, perbincangan bersama Uli Hoeness dan juga Karl-Heinz Rummenigge telah banyak mempengaruhi keputusan Ribery untuk terus kekal di Allianz Arena.
“Selepas saya berjumpa dengan mereka, mereka telah berikan banyak nasihat kepada saya.”
“Nyata saya tak menyesal, hal ini kerana saya berjaya menang segalanya di sini. Malah keluarga saya juga gembira di sini.”
Dalam masa yang sama, Ribery juga berazam mahu jadikan kelabnya sekarang adalah kelab terakhir beliau.
“Saya nak main di Bayern Munich sebagai kelab terakhir saya.”
“Saya nak main di sini sehingga lutut, kaki dan badan saya suruh saya berhenti bermain.”
Baca juga: Lapangan Terbang Di Portugal Akan Dinamakan Sebagai Cristiano Ronaldo Airport