Pusingan ketiga kelayakan zon Afrika memasuki perlawanan kelima bagi setiap kumpulan. Kebarangkalian akan ada wakil Afrika pertama mara ke Rusia melalui keputusan perlawanan ini. Atau ada juga yang terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir pada November.
Kumpulan A
Tunisia masih tidak tewas lagi sebarang perlawanan dalam saingan dan mendahului carta Kumpulan A. Mereka akan bertemu Guinea pada perlawanan pada 7 Oktober.
Republik Demokratik Congo merupakan pesaing terdekat Tunisia untuk ke Rusia. Negara itu hanya dibezakan 3 mata dengan Tunisia. Mereka dijadualkan bertemu Libya juga pada 7 Oktober.
Namun begitu, Guinea dan Libya sudah sah tersingkir daripada saingan. Kini tinggal Tunisia dan Republik Demokratik Congo sahaja yang dalam pertandingan yang sengit ini.
Kumpulan B
Nigeria kini berada di tangga teratas dengan kutipan 10 mata selepas 4 perlawanan. Zambia di tangga kedua dengan 7 mata.
Nigeria akan pasti layak ke Rusia sekiranya menang ke atas Zambia pada perlawanan 7 Oktober. Tetapi sekiranya Nigeria kalah atau seri, nasib mereka akan ditentukan pada perlawanan terakhir kumpulan.
Penghuni Kumpulan B lain iaitu Algeria dan Cameroon sudah mengucapkan selamat tinggal dari persaingan.
Kumpulan C
Peluang masih sama rata bagi setiap pasukan selepas mengharungi 4 perlawanan. Ivory Coast mendahului carta dengan 7 mata, diikuti Maghribi (6 mata). Gabon di tangga ketiga (5 mata) dan Mali (2 mata).
Mali akan bertemu Ivory Coast pada 6 Oktober. Maghribi akan melayan kunjungan Gabon pada keesokan harinya. Pasukan mana yang akan masih bersaing mendapat tiket ke Rusia akan diketahui selepas pada 7 Oktober.
Penulis merasakan Kumpulan C persaingan paling panas daripada kelima-lima kumpulan dalam pusingan kelayakan ketiga untuk edisi 2018 ini.
Kumpulan D
Aksi Kumpulan D ini telah menimbulkan kontroversi apabila perlawanan Afrika Selatan menentang Senegal dibatalkan. Walaupun Senegal kalah 2-1 kepada tuan rumah. Ini disebabkan pengadil perlawanan, Joseph Lamptey digantung oleh FIFA.
Ini menyebabkan perlawanan itu diarah dilangsungkan semula pada 10 Oktober.
Pada ketika ini, Burkina Faso menduduki tangga teratas Kumpulan D dengan 6 mata. Mereka terikat dengan Cape Verde di tangga kedua dan dipisahkan dengan kutipan defisit gol.
Afrika Selatan akan menentang Burkina Faso manakala Cape Verde pula berhadapan dengan Senegal. Kedua-dua perlawanan ini juga diadakan pada 7 Oktober.
Persaingan Kumpulan D ini juga masih terbuka tanpa sebarang pasukan yang layak ke Rusia pada waktu ini.
Congo menjadi pasukan pertama terkeluar saingan kumpulan ini. Mesir, Uganda dan Ghana berpeluang layak ke Piala Dunia tahun hadapan.
Uganda akan menentang Ghana pada 7 Oktober untuk memberi tekanan kepada Mesir sebagai pendahulu carta. Keesokan harinya, Mesir pula berhadapan Congo.
Penutup
Perlawanan terakhir pusingan kelayakan ketiga zon Afrika ini akan dilangsungkan pada November. Kumpulan D dijangka akan menamatkan semua aksi pada 14 November.
Apa pun, ramai dari kalangan kita ingin juga melihat bakat-bakat Afrika ini beraksi di Rusia. Lebih utama lagi dari negara yang pemainnya kurang dikenali.