Reviu: Perjalanan 5 pasukan Teratas Saingan Liga Super Ketika Ini

Saingan Liga Super 2022 kini sudah pun melewati pusingan kedua dengan beberapa perubahan dalam kedudukan liga mula dilihat sengit dari segi pungutan mata.

Ketika ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan untuk menduduki tangga pertama saingan Liga Super serta diikuti dua lagi pencabar yang tidak jauh dari segi kutipan mata.

Agak mengecewakan apabila dua pasukan yang dijangka memberi persembahan sengit dalam saingan musim ini berada di kedudukan dasar liga iaitu Sri Pahang dan Penang.

Bagi kedudukan lima teratas agak mengejutkan apabila Negeri Sembilan dan Sabah pantas memberi impak untuk terus memberi tekanan buat pasukan pilihan seperti JDT musim ini.

Kedah Darul Aman (KDA) dan Terengganu pula masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima dengan konsistensi yang sedikit tidak stabil musim ini disebabkan beberapa faktor.

Ini review semasa mengenai perjalanan lima pasukan teratas saingan Liga Super 2022 dalam misi tersendiri serta cabaran yang berbeza dihadapi.

Johor Darul Ta’zim (JDT):

Pasukan ini terus menjadi pilihan musim 2022 seperti kebiasaan apabila sentiasa konsisten dalam saingan domestik menerusi corak permainan serta pemain yang dimiliki.

Tampil dengan import baharu musim ini iaitu Fernando Forestieri, nyata pasukan tersebut berjaya mengurangkan beban Bergson da Silva di bahagian serangan.

Pasukan tersebut juga memiliki barisan pemain yang kuat dan stabil untuk kesebelasan utama dan simpanan.

JDT nyata tidak hanya membuktikan mereka sekadar kuat dalam negara, malah menunjukkan sikap berdaya saing di Asia apabila cemerlang dalam saingan ACL musim ini pada peringkat kumpulan.

Sabah:

Setelah mereka melantik Datuk Ong Kim Swee pada penghujung musim lalu, nyata kelab tersebut tidak menunggu lama untuk mendapatkan barisan pemain yang dikehendaki pengendali tersebut untuk menguatkan pasukan.

Pemain tempatan seperti Rizal Ghazali, Baddrol Bakhtiar, Dominic Tan, serta beberapa lagi menjadi pilihan utama kelab tersebut.

Mereka juga berjaya mengekalkan dua tonggak import musim lalu iaitu Park Tae-su dan Saddil Ramdani untuk terus mengukuhkan kelab selain import baharu yang agak menyerlah iaitu Taiki Kagayama.

Sabah tampil dengan agak konsisten dalam saingan liga musim ini termasuk keputusan terbaharu mereka menewaskan pencabar terdekat, Negeri Sembilan di gelanggang lawan.

Negeri Sembilan:

Musim pertama buat juara Liga Premier musim lalu ini boleh dianggap sangat cemerlang dan K. Devan jelas sedang menikmati saat terbaiknya tahun 2022.

Walaupun tersingkir awal dalam saingan Piala FA, pasukan ini dilihat konsisten dalam persaingan liga untuk berada di kedudukan ketiga saat ini.

Pemain kunci kelab ini terletak kepada Herold Goulon apabila pertahanan import tersebut berjaya mengemudi pertahanan pasukan dengan cemerlang serta mampu untuk meledak gol.

Ditambah pula dengan aksi meningkat naik penjaga gol mereka setakat ini iaitu Ahmad Syihan Hazmi, pastinya mereka semakin bermotivasi untuk menghadapi mana-mana lawan selepas itu.

Kedah Darul Aman (KDA):

Musim keempat Aidil Sharin Sahak mengemudi kelab ini nyata boleh dikatakan pengendali tersebut pastinya berpuas hati apabila berjaya beraksi dengan baik dalam saingan Piala AFC 2022.

Pada tahun lalu kejohanan yang sepatutnya disertai KDA ini telah dibatalkan kerana pandemik Covid-19 dan menyebabkan para peminat sedikit kecewa.

Tampil pada awal musim ini, KDA dilihat sangat konsisten untuk mencatat kemenangan dalam saingan Liga Super serta pusingan pertama Piala FA.

Selepas itu mereka dilihat sedikit bergelut dengan prestasi terutama di posisi pertahanan serta kehilangan Syafiq Ahmad yang menjadi kunci utama serangan KDA.

Akhirnya setelah berlaku sedikit rombakan, Aidil berjaya menjulang KDA baru-baru ini dalam saingan Piala AFC di Bali menerusi dua kemenangan besar dilakar dengan Ronald Ngah Wanja boleh dianggap sebagai pembelian import agak berbaloi.

Terengganu:

Mereka bermula dengan sedikit perlahan dengan siri serangan Covid -19 yang melanda menyebabkan perlawanan awal liga buat kelab ini ditunda.

Pada perlawanan pertama mereka juga menyaksikan pasukan tersebut dikejutkan dengan kekalahan di tangan Petaling Jaya City (PJ City) serta kepada JDT.

Kemudian mereka kembali bangkit dengan persembahan lebih baik dan pemain tengah mereka iaitu Habib Haroon berjaya memberi impak dalam pasukan bersama Kpah Sherman.

Pemain kunci mereka sudah pastu terletak kepada Faisal Halim apabila penyerang lincah itu boleh dianggap sentiasa konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi oleh Terengganu.

Pasukan ini juga pada asasnya boleh dianggap sangat berbahaya sekiranya mereka berada dalam momentum terbaik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN