Kapten Borussia Dortmund, Marco reus telah mengalami kecederaan otot yang menyaksikan pemain tengah menyerang itu akan diketepikan sekurang-kurangnya selama empat minggu.
Pemain berusia 30 tahun itu mendapat kecederaan tersebut ketika masa kecederaan seaktu pasukannya tumpas kepada Werder Bremen dalam pusingan 16 pasukan terakhir saingan DFB Pokal pada Selasa.
“Pasukan perubatan BVB menjangkakan tempoh pemulihan akan mengambil masa sehingga empat minggu sebelum kapten kelab kami dapat kembali menjalani latihan bersama pasukan,” kata kelab dalam kenyataan yang dikeluarkan.
During yesterday’s match, Marco Reus sustained a muscle injury that looks to keep him sidelined for up to four weeks.
Get well soon, Captain 🙏 pic.twitter.com/3TyZ4qgpkZ
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) February 5, 2020
Kecederaan tersebut ternyata satu tamparan buat Dortmund yang kini berada di kedudukan ketiga dalam saingan Bundesliga. Kini pasukan tersebut dalam usaha untuk memintas dua pasukan teratas iaitu Bayern Munich dan RB Leipzig yang hanya dipisahkan dengan tiga dan dua mata.
Reus juga akan terlepas perlawanan peringkat kalah mati pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Paris Saint Germain pada bulan ini di Signal Iduna Park.
Namun pemerhati bola sepak menjangkakan pemain-pemain yang ada di kem Dortmund seperti Thorgan Hazard, Julian Brandt, Jadon Sancho, Mario Gotze dan Mahmoud Dahoud mampu untuk menampung ketiadaan Reus.
Kevin Volland and Marco Reus are the only two players who have scored against every current Bundesliga club 🎯 pic.twitter.com/BFN3EwRX2P
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) February 3, 2020
Sebelum ini Dortmund telah pun kehilangan Paco Alcacer selepas menjual penyerang Sepanyol itu kepada Villareal selepas berjaya mendapatkan penyerang muda sensasi, Erling Braut Haaland. Namun mereka berjaya mendapatkan pemain tengah Juventus, Emre Can secara pinjaman dari Juventus.
Lawan Dortmund dalam perlawanan terdekat selepas ini adalah berdepan pasukan di tangga kelima Bundesliga, Bayer Leverkuson pada Sabtu.