Reputasi Ifedayo Selaku ‘Mesin Gol’ Di Pentas Liga M Masih Cemerlang

Penyerang import PDRM iaitu Ifedayo Olusegun jelas masih berada pada tahap terbaik untuk menjadi salah satu mesin gol berbisa dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024/2025.

Walaupun dibayangi faktor usia serta kehadiran ramai penyerang-penyerang import muda baharu di Malaysia, reputasi beliau masih lagi berada dalam kelas tersendiri untuk diperkatakan ramai.

Pernah bergelar selaku penjaring terbanyak Liga Super suatu ketika, sentuhan Ifedayo di hadapan gawang gol nampaknya masih belum berkarat dan ia sudah dibuktikan musim ini bersama PDRM.

Terbaharu, penyerang kelahiran Nigeria ini berjaya menambah akaun jaringan musim 2024/2025 bersama PDRM ketika pasukan itu menundukkan Sabah menerusi keputusan 1-0.

Dibawa turun sebagai pemain gantian, impak Ifedayo masih lagi begitu berbisa apabila beliau tampil selaku penjaring gol tunggal buat pasukan berkenaan.

Jaringan itu kini menjadikan beliau berjaya mengumpul lima gol secara keseluruhan daripada sembilan perlawanan telah diharungi di pentas domestik.

Dalam kalangan peminat, tiada siapa menafikan sumbangan beliau buat serangan setiap pasukan diwakili sangat berbisa walaupun kini sudah mula dibayangi faktor usia.

Jika awal kemunculan suatu ketika di pentas Liga M, Ifedayo masih mampu tampil dengan gelecekan serta kepantasan untuk mengatasi pertahanan lawan, kini ia sudah dilihat sedikit terbatas melainkan sentuhan berbisanya masih konsisten.

Secara keseluruhan, Ifedayo sebenarnya telah meledak 90 gol bersama 12 bantuan jaringan daripada semua penampilan beliau di Malaysia untuk menjadi antara penyerang import berbisa pernah beraksi di sini.

Melihat kepada perjalanan liga yang masih panjang, Ifedayo berpeluang cerah untuk terus menambah koleksi gol beliau di pentas Liga M jika dirinya terus konsisten bersama PDRM.

Malah, penyerang ini juga mampu mengatasi rekod 12 gol beliau pada musim lalu ketika mewakili Kedah Darul Aman (Kedah) serta mungkin akan mencipta sejarah peribadi 100 gol sepanjang bermain di Malaysia.

Apapun, ia terserah kepada konsistensi beliau sendiri di atas padang serta dirinya perlu mengelak daripada menjadi mangsa kecederaan berpanjangan yang akan membantutkan momentum Ifedayo.

Selain itu, Ifedayo juga berpeluang menambah koleksi gol terbaharu beliau pada aksi hari ini membabitkan PDRM menentang Terengganu untuk terus mengukuhkan namanya selaku antara penjaring berbisa.

Bagaimana pula pandangan anda mengenai aksi Ifedayo pada musim ini bersama PDRM sejak awal saingan beliau diperkenalkan oleh The Cops selaku penyerang import baharu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN