Renungi Pandangan Ikhlas ‘Pakcik Ishak’ Tentang Skuad Harimau Malaya Di Rancangan Bola@Mamak

BolaMamak Ishak Mohamad pandangan Harimau Malaya Malaysia 2021

Malam tadi, dalam rancangan terbitan Astro Arena, Bola@Mamak, mereka telah menerima panggilan daripada penyokong Harimau Malaya dari Manjung, yang memberi pandangan ikhlasnya tentang skuad kebangsaan.

Moderator, Hafizal Hamad dan ahli panel terdiri daripada dua bekas pemain negara, Safee Sali dan Shahrom Kalam juga mengakui bagai ‘ditampar’ dan ada benarnya kata-kata yang diluahkan oleh Ishak Mohamad.

Jadi, apakah yang dikatakan oleh pemanggil yang berusia 63 tahun itu? Ayuh kita ikuti dan selaminya.

“Pada hemat saya, seorang tua, pasukan Malaysia kita ini bukanlah tidak terbaik. Pemain-pemainnya bagus, memang bagus. Kalau ada yang nak kutuk, saya tak setuju,” ungkap Ishak Mohamad sebagai pembuka bicara.

“Ada tiga benda yang tiada dalam pasukan kita ketika ini. Yang pertama, dalam padang ketika ini, kita tiada jeneral. Maksud saya sebagai kapten, dia tiada [sikap] sebagai jeneral. Dulu kita ada Soh Chin Aun. Kita tengok dia pun seriau,” ujarnya mengenai perkara pertama yang ‘hilang’ dalam skuad kebangsaan yang ada kini.

“Main bola macam pi rumah orang mati [senyap], tak boleh,” tambahnya lagi mengenai sikap jeneral itu.

“Yang kedua, kita mesti ada pembantu jeneral, untuk membantu jeneral di padang. Dia [jeneral] seorang tak boleh. Pembantunya adalah penjaga gol. Kerana dia yang nampak semua pemain dan apa yang berlaku di dalam padang, semua dia nampak. Dia yang nampak dan dia kenalah bagitau [kepada jeneral].

“Yang ketiga, kita mesti ada seorang raja padang. Tak perlu ramai, seorang pun sudah cukup. La ni orang panggil midfield la kan. Dulu kita ada Shukor Salleh, Syed Ahmad, Azizol [Abu Haniffah] dan terakhirnya Safiq [Rahim]. Sekarang ni kita tiada. Kita kena tengok balik tiga benda ni,” jelas Ishak panjang lebar.

“Kalau hendak pasukan kita berjaya, ketiga-tiga benda ini kena ada. Kalau sekarang ini kita ada raja padang terbaik, Safee Sali pun boleh jaring banyak gol. Tak percaya, tanya Safee,” jelasnya lagi mengenai raja padang.

“Tengok Luqman [Hakim], setengah mampuih pi cari bola. Itu bukan penyerang. Dia terpaksa korbankan diri dia untuk ambil tempat midfield yang tiada,” tutupnya yang kemudiannya telah diakui Safee Sali sendiri.

Menurut Safee Sali, ketika di zaman kemuncaknya iaitu di saingan Piala AFF 2010, ketiga-tiga perkara itu ada. Jeneral dan raja padang yang merupakan milik Safiq Rahim dan pembantu jeneral iaitu Khairul Fahmi.

Jadi, apa pandangan pembaca mengenai pandangan ikhlas pakcik Ishak mengenai skuad Harimau Malaya ketika ini dalam rancangan Bola@Mamak tersebut? Anda ada pandangan tersendiri yang mahu dikongsikan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN