Rene Meulensteen Tidak Anggap Skuad Malaysia B-23 Lawan Yang Mudah

Penolong jurulatih skuad bawah 23 tahun Australia (B-23), Rene Meulensteen, menyifatkan aksi persahabatan menentang skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee malam ini merupakan medan untuk menilai prestasi pemainnya sebelum menghadapi kalayakan AFC B-23 di Kemboja.

Malah, beliau yang masih belum berpuas hati dengan tahap keserasian pemainnya ketika tewas 0-2 kepada Petaling Jaya City FC dalam aksi persahabatan, Khamis lalu menuntut anak buahnya supaya bangkit pamerkan aksi sebenar.

“Berdepan PJ City merupakan aksi pemanas badan yang baik buat pemain-pemain menyesuaikan diri dengan cuaca di sini. Ia bukan keputusan yang diingini tetapi terdapat beberapa perkara positif yang dapat diambil daripada perlawanan tersebut,” katanya dalam Stadium Astro

Meulensteen yang pernah bersama Manchester United selaku pembantu Alex Ferguson sejak tahun 2008 hingga 2013 turut melihat aspek kekuatan dimiliki skuad Malaysia B-23 tidak boleh dipandang mudah untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

“Perlawanan persahabatan ini penting untuk kami membina kesefahaman seterusnya perbaiki kelemahan membabitkan posisi tertentu.

“Kami tidak memandang Malaysia sebagai pasukan mudah untuk ditumpaskan berdasarkan rekod yang ada, Australia perlu lebih bersedia dan menggunakan peluang yang ada untuk memastikan kemenangan pasukan,” katanya seperti dipetik dalam Harian Metro

Barisan pemain Australia B-23 ketika aksi persahabatan dengan PJ City FC di Stadium Uitm Shah Alam. FOTO: PJ City

Dalam saingan kelayakan AFC B-23, skuad Australia diundi dalam kumpulan H bersama Korea Selatan, Taiwan dan tuan rumah Kemboja.

Pasukan itu dikumpulkan sejak bulan Ogos tahun lalu dan berada di sini untuk menguji pemain sama ada mampu bertahan dalam cuaca panas Malaysia yang dikatakan menyamai cuaca di Kemboja.

“Saya sudah kumpulan pemain sejak Ogos tahun lalu supaya dapat membentuk kesefahaman antara mereka seterusnya kenalpasti posisi yang perlu diperbaiki atau dipertingkatkan lagi,” katanya.

Aksi pemain Australia B-23 menentang PJ City FC. FOTO: PJ City

Sementara itu, penyerang skuad B-23 negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak, sedia untuk diturunkan dalam aksi persahabatan berdepan Australia malam ini selepas disahkan pulih sepenuhnya daripada kecederaan kaki kanan.

“Saya sangat gembira kerana bebas daripada kecederaan dan bersedia untuk bermain untuk skuad negara. Saya mahu mendapatkan keserasian antara pemain dan meningkatkan tahap keyakinan pasukan untuk menghadapi kelayakan Kejohanan AFC.” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN