Akhirnya Renato Sanches menemui sentuhan jaringan untuk Bayern Munich selepas kembali dari pinjaman di Swansea dalam perlawanan UEFA Champions League baru-baru ini.
Ia adalah gol suling Sanches untuk Bayern sejak berpindah ke Jerman kira-kira dua tahun lalu, selepas dianggap antara prospek terbaik eropah.
Dan jaringan Sanches turut hadir ketika Bayern berhadapan dengan bekas pasukan beliau, Benfica.
Jaringan tersebut bermula oleh gerakan Sanches sendiri, sebelum memastikan bola menerjah jaring selepas menerima hantaran James Rodriguez dari jarak dekat.
Persembahan beliau dalam perlawanan tersebut turut dihargai oleh penyokong Bayern, yang berdiri dan bertepuk tangan untuk memberikan penghormatan selepas jaringan dilakukan.
Pemain tengah berusia 21 tahun dari Portugal ini hanya beraksi sebanyak 15 perlawanan untuk Swansea, dan langsung tidak diturunkan beraksi menjelang 27 Januari lalu.
Swansea gagal mempertahankan kedudukan mereka di Liga Perdana Inggeris, sebelum diturunkan ke Championship pada musim ini.
Pada musim panas 2016, Sanches membantu Portugal menjuarai Euro 2016, dan jaringan tersebut adalah jaringan pertama beliau untuk kelab sejak meninggalkan Benfica pada musim panas yang sama.
Penampilan Sanches bersama Swansea turut mulai dikritik walaupun sebelum kecederaan harmstring yang dialaminya dalam perlawanan menentang Notts County di saingan Piala FA.
Pengurus Swansea, Carlos Carvalhal sendiri turut mengakui ia musim yang serba tidak menjadi buat Sanches di kelab yang berpengkalan di Wales itu.