Renato Sanches Mahu Ke AC Milan, Berharap Bayern Munich Mempertimbangkannya

Renato Sanches menyatakan beliau terbuka untuk mempertimbangkan segala tawaran dari kelab lain ke atas beliau. Bintang muda Bayern Munich itu yakin pihak kelab akan membantu beliau di dalam hal ini.

Beliau menolak dakwaan yang beliau kecewa dengan karier beliau di Bayern Munich. Bercakap kepada Sport Bild, Renato berkata:

“Secara peribadinya, saya berpuas hati dengan tahun pertama saya di Bayern. Sudah tentunya saya mahu bermain lebih banyak perlawanan.”

“Perlawanan yang banyak akan membantu saya meningkatkan diri saya secara ‘athletic’. Jadi, saya akan mempertimbangkan tawaran dari kelab yang boleh memberikan saya lebih minit perlawanan.”

Pengurus AC Milan, Vicenzo Montella memang sudah lama meminati Sanches. Beliau pernah memuji Sanches sebagai pemain muda dan berbakat.

(Photo by Lukas Schulze/Bundesliga/DFL via Getty Images )

Ditanya, apakah respon beliau dengan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan Milan. Sanches menjawab:

“Milan satu pilihan yang menarik. Jika ada peluang untuk ke sana dan kelab saya sekarang setuju, saya akan pergi.”

“Saya kini bersama Bayern Munich untuk pra musim di Asia. Selepas ini, saya berharap kami akan dapat mencari penyelesaian isu ini.”

“Saya masih muda, saya mahu bermain lebih banyak perlawanan. Rasanya, peluang untuk bermain banyak perlawanan adalah lebih baik di Milan berbanding di Munich.”

Selain daripada AC Milan, Sanches juga dalam radar Manchester United dan beberapa kelab besar yang lain. Namun, hubungan di antara Ancelotti dan Milan dijangka memainkan peranan penting dalam isu ini kelak.

Adakah Sanches akan ke Milan?

Sumber

Sport Bild – http://sportbild.bild.de/bundesliga/vereine/bayern-muenchen/bayern-muenchen-renato-sanches-wechselwunsch-ac-mailand-52653602.sport.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN