Renato Paiva: Liverpool Pilih Benfica B Kerana Kami Mirip Tottenham Hotspur

Satu pendedahan yang menarik oleh Pengurus Benfica B iaitu Renato Paiva – berkenaan dengan kenapa Liverpool memilih pasukan mereka untuk perlawanan persahabatan tertutup sebelum final UCL.

Renato Paiva menyatakan bahawa, Liverpool ada beberapa lagi pasukan yang berada dalam pertimbangan untuk melakukan perlawanan persahabatan tertutup tersebut.

Namun Klopp enggan memilih pasukan Inggeris kerana media England pastinya akan tertarik dan membocorkan informasi latihan mereka.

Seterusnya, Klopp mempertimbangkan untuk bermain dengan pasukan Sepanyol, namun beliau merasakan, Pochettino ada ramai rakan baik di Sepanyol, dan Klopp berjaga-jaga dengan potensi ada mata-mata yang membantu Pochettino.

Kemudianya, Klopp mengelak untuk bermain dengan pasukan dari Perancis kerana Hugo Lloris ada ramai kenalan di Sepanyol. Lalu Klopp memilih untuk pasukan Benfica B dari Portugal. Perhatian media untuk pasukan ini kurang dan pegawai-pegawai Benfica B tidak begitu rapat dengan mana-mana orang penting di kem Tottenham.

https://twitter.com/JG1904/status/1132359387358670853

Renato terkejut dengan panggilan dari Melwood yang meminta untuk mengadakan perlawanan persahabatan tertutup dengan pasukan Benfica B – yang merupakan pasukan akademi Benfica.

Pastinya ia dianggap satu penghargaan oleh Renato kerana dapat menjadi rakan ‘sparring’ Liverpool.

Kenapa Liverpool pilih Benfica B?

Menurut Renato Paiva: Klopp dan pembantu beliau – Pep Ljinders mendapati pasukan Benfica B memiliki corak permainan yang paling hampir dengan Spurs di bawah kendalian Pochettino.

Renato berkata: “Kami diberitahu oleh Jurgen Klopp dan Pepijn Ljinders, mereka memilih kami kerana kualiti pemain muda yang kami ada. Mereka mencari pasukan B serta pasukan dari divisyen ke-2 serta ke-3. Mereka mencari pasukan yang memiliki pendekatan yang mirip dengan Tottenham – ada beberapa pilihan yang mereka pertimbangkan.”

Anda pastinya dapat membayangkan betapa skuad kejurulatihan Liverpool sarat dengan data dan analisis yang sangat banyak – sehinggakan mereka ada analisis tentang pasukan Benfica B.

Jurgen Klopp meminta Renato Paiva untuk menyediakan pasukan terbaik dan bermain seperti yang mereka kerap mainkan. Klopp meminta Renato untuk ‘mirroring’ taktikal Spurs dengan asas yang mereka miliki.

Renato berkata: “Kami mencipta semula 2 sistem serangan dan 2 sistem pertahanan Spurs, dan juga sistem Spurs ketika bola mati yang kami jangkakan Spurs akan gunakan di final.”

“Kami meniru cara Spurs bermain dengan rutin binaan serangan menerusi penjaga gol dan bek tengah. Kami kemudian membentuk sistem 4-2-3-1 ketika bertahan dengan penyerang kami berada di antara 2 bek tengah Liverpool. Seterusnya seorang pemain kami akan mengganggu no.6 Liverpool.”

“Pemain kami bernama Vinicius bermain peranan Eriksen, dan Alli bermain lebih kepada cara Dele All, dan Jose Gomes menjadi Harry Kane.”

“Kami harus mengadaptasi sistem 4-2-3-1 ketika menyerang dan bertahan dengan 2 pemain tengah turun ke bawah – berada di hadapan bek tengah untuk menarik Liverpool melakukan pressing.”

“Tottenham memang akan cuba untuk menarik pemain-pemain Liverpool ke kawasan kotak penalti mereka, jadi beberapa siri pertukaran hantaran antara penjaga gol dan bek tengah akan dilakukan untuk menyerang menerusi ruang di belakang penyerang [Liverpool] dan bek sisi [Liverpool].”

“Pada fasa akhir, kami melakukan sedikit perubahan dalam sistem permainan biasa kami – di mana kami bermain dengan sistem pemain tengah dengan bentuk segitiga dengan ‘Alli’ akan mendekati kawasan bek tengah Liverpool – Kane akan pergi ke arah seorang lagi bek tengah Liverpool.”

“Eriksen akan bergerak masuk ke dalam untuk menarik bek sisi Liverpool, manakala Trippier akan bermain di kawasan sayap. Begitu juga, di sebelah sayap lagi Son dan Rose bermain dengan corak yang sama.”

Selepas tamat perlawanan, Renato Paiva menyatakan beliau berbangga apabila Jurgen Klopp memuji corak taktikal dan kualiti mereka.

Paiva menambah lagi: “Klopp memuji kami dengan berkata: ‘Apabila kamu turun ke bawah untuk membina serangan dari bawah dengan penjaga gol  dan bek tengah – kami telah menekan kamu dengan intensiti yang sama dengan yang kami lakukan ke atas Man. City dan Spurs sebelum ini dalam perlawanan sebenar. Dan kamu masih mampu melepasi tekanan [gegenpressing] kami sebanyak 3 ataupun 4 kali’.”

Menariknya, ketika perlawanan, Jurgen Klopp dan Liverpool tidak mengenakan gegenpressing yang terlalu kuat dan mereka membenarkan Spurs untuk memiliki lebih penguasaan di kawasan pertahanan Spurs sendiri.

Dan 2 pemain bek sisi Liverpool tidak bermain terlalu ‘advance’ dalam perlawanan tersebut. Perkara yang sama kami nyatakan dalam analisis ringkas kami sebelum ini.

Dipetik daripada Artikel : Analisis: Dilabel Bermain Hambar Di Final UCL, Bukti Liverpool Berada Di Landasan Yang Betul

Dalam aksi menentang Spurs di final – selepas mendapat gol pertama – Liverpool menurunkan intensiti mereka dan tidak menolak 2 bek sisi mereka ke posisi ‘advance’ seperti kebiasaan.

Gol pendahuluan di awal perlawanan membuatkan Liverpool tidak berminat untuk terlalu bertarung permainan ‘high pressing’ dengan Spurs.

..

struktur pasukan mereka yang tidak menolak Arnold dan Robertson lebih aktif ke hadapan ataupun berada lebih banyak di kawasan lawan.

Seterusnya adalah Sadio Mane dan Mohamed Salah pula tidak menunggu di bahagian atas untuk serangan balas. Keutamaan mereka berdua adalah untuk mengawasi ancaman daripada bek sisi – Keiran Trippier dan Danny Rose – Spurs. Klopp tahu itu adalah kekuatan utama Spurs.

 

Ini antara fasa di mana Liverpool cuba mengaplikasikan apa yang mereka mainkan di padang latihan dalam perlawanan sebenar.

Paiva juga memberitahu bahawa Liverpool memberikan kepercayaan kepada beliau tentang barisan kesebelasan utama yang akan mereka turunkan. Paiva dan pasukan beliau termasuk pegawai dan para pemain menjaga amanah itu sebaiknya.

“Liverpool menyenaraikan pemain untuk kesebelasan utama mereka bagi menghadapi final.”

“Mereka meminta kami agar tidak sesekali membocorkannya sehinggalah hari perlawanan. Kami menerima banyak pujian dan penghargaan daripada Liverpool. Namun pada pagi hari perlawanan tiada seorang pun tahu [maklumat kesebelasan utama].”

“Kami berbangga dengan diri sendiri kerana jemputan itu dan merasai sendiri pengalaman seperti itu.”

Renato Paiva pastinya mendapat manfaat daripada semua yang berlaku ini dan secara tidak langsung membuatkan nama beliau dan Benfica B lebih dikenali selepas ini – dengan gaya permainan yang bercorakkan ‘possesion football’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN