Sadio Mane sekali lagi muncul hero selepas sepakan terakhirnya dalam penentuan penalti menghantar Senegal ke Piala Dunia dengan menewaskan Mesir dalam aksi playoff.
Ketinggalan 1-0 pada aksi pertama tempoh hari, Senegal bermula dengan sempurna apabila penyerang Villareal, Boulaye Dia membuka akaun jaringan seawal minit ketiga bagi menyamakan kedudukan secara agregat.
Namun selepas jaringan tersebut, kedua-dua pasukan gagal mendapat gol kemenangan dan kedudukan kekal sehingga 120 minit perlawanan termasuk masa tambahan.
Dalam penentuan penalti, aksi dicemari dengan tindakan penyokong Senegal yang mengganggu penjaga gol Mohammed El Shenawy dengan beberapa pancaran laser ke arah mukanya.
Perkara sama turut dilakukan terhadap Mohamed Salah ketika nyanyian lagu kebangsaan Mesir sebelum perlawanan bermula.
Corak permainan keras yang ditampilkan oleh pasukan tuan rumah telah menyebabkan dua pemain Rami Rabia dan Omar Gaber dikeluarkan kerana kecederaan.
Bagaimanapun dua pertukaran awal yang terpaksa dilakukan Carlos Queiroz nampak memberikan impak yang postif dan Mesir beroleh dia peluang terbaik menerusi Zizo, namun kedua-dua gagal menemui jaring.
Penyerang Watford, Ismaila Sarr turut memperoleh dua peluang keemasan untuk melebarkan kelebihan Senegal pada masa tambahan, dikecewakan dengan kecekapan El Shanawy.
Penjaga gol Mesir itu terus cemerlang untuk menafikan percubaan Pape Abou Cisse dan Bamba Dieng.
Seperti perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika tempoh hari, pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.
Dua sepakan pertama oleh kedua-dua pasukan gagal diterjemahkan termasuk sepakan Salah yang tinggi melepasi palang gol.
I mean, just look at this. Salah sails his penalty over… and surely anybody would, given the lasers.
Mane scores, Senegal wins the shootout, Egypt out of the World Cup pic.twitter.com/tgHmCmW8uu
— Henry Bushnell (@HenryBushnell) March 29, 2022
Mane yang ditugaskan selaku pengambil sepakan terakhir pasukannya muncul wira untuk memastikan Senegal menang 3-1 menerusi penentuan penalti dan memimpin pasukannya ke pusingan akhir Piala Dunia yang akan berlangsung di Qatar pada November tahun ini.