Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard mendedahkan beliau tidak kisah sekiranya popularitinya di Anfield terpaksa dikorbankan demi mendapatkan keputusan positif menjelang pertemuan berdepan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu ini.
Legenda The Reds itu akan kembali ke Anfield buat kali pertama sejak memulakan kariernya selaku jurulatih dengan Villa sedang mengintai kemenangan keempat mereka dari lima perlawanan terakhir.
Gerrard yang mengambil alih Villa pada awal bulan lalu telah memenangi 17 trofi kejuaraan bersama Liverpool, tetapi beliau enggan menjadikan nostalgia itu sebagai batu penghalang kepadanya untuk menewaskan bekas kelabnya itu.
Legendary Steven Gerrard returns to Anfield. This time as Aston Villa's manager. 👏🏻⚽
Your expectation? #SportPesaMakeItCount #LIVAVL pic.twitter.com/Ypa2pCPQ8o
— SportPesa Kenya (@SportPesa) December 10, 2021
“Saya sangat menghormati kelab ini dan memahami sentimen sesetengah pihak menjelang perlawanan ini,” ujar jurulatih berusia 41 tahun itu.
“Pada saya, apa yang penting adalah mempersiapkan pasukan ini dengan cara sebaiknya. Saya akan cuba sebaiknya untuk mendapat keputusan positif untuk Aston Villa.
“Ini merupakan pertemuan yang sangat pernting. Bagi saya untuk 90 minit ini kami perlu fokus dan yang penting adalah mendapatkan tiga mata.”
Gerrard telah menjadi watak yang disayangi oleh penyokong di Villa Park selepas impak kehadirannya menyaksikan pasukan yang sebelum ini bergelut kini berada di kedudukan ke-10 selepas mengumpul 19 mata dalam 15 perlawanan.
Gerrard: “If I’m on the bus, heading back down the M6 towards Birmingham and I’m not the most popular at Anfield, so be it.”
That's all for now, the full presser will be available on our membership platform and VillaTV later this afternoon. 🟣 #LIVAVL pic.twitter.com/9sebKybZ1p
— Aston Villa (@AVFCOfficial) December 10, 2021
Villa juga akan kembali diperkuatkan oleh penyerang Danny Ings dan pertahanan kiri Matt Targett yang sudah pulih sepenuhnya dari kecederaannya.
“Danny Ings telah kembali dan ia perkara yang positif untuk pasukan. Pemain yang kembali dari kecederaan ini tentunya akan bekerja keras untuk kembali cergas supaya dapat merebut tempat, itulah nilai positif di dalam pasukan ini,” tambahnya lagi.