Sergio Ramos Jaring Gol Sendiri, Rekod Tanpa Kalah Real Madrid Musnah

Rekod tanpa kalah Real Madrid musnah selepas kebangkitan minit akhir Sevilla memastikan 3 mata menjadi mereka.

Jika dalam perlawanan Copa Del Rey yang berlangsung Estadio Ramon Sanchez Piszjuan tempoh hari berakhir dengan 3-3, kali ini dalam aksi La Liga di gelanggang yang sama Real Madrid tumbang 2-1 ditangan Sevilla.

Ini juga memadam rekod tanpa kalah Real Madrid yang akhirnya musnah selepas 40 perlawanan tanpa kalah dalam semua perlawanan.

Ramos jaring gol

Semuanya bermula dengna baik apabila Real Madrid berjaya memperoleh gol pendahuluan perlawanan pada minit ke-67.

Gol yang terhasil oleh Cristiano Ronaldo menerusi sepakan penalti berjaya meletakkan Real Madrid di hadapan.

Gol penalti Ronaldo itu berjaya meletakkan beliau setara dengan Hugo Sanchez sebagai penjaring penalti terbanyak La Liga dalam sejarah dengan 56 gol.

Bila di penghujung permainan, lazimnya Sergio Ramos akan muncul untuk menyelamatkan Real Madrid bukan?

Namun kali ini beliau telah ‘membantu’ kelab lamanya, Ramos menjaringkan gol sendiri hasil daripada situasi sepakan percuma dari tepi padang.

Detik berakhirnya rekod tanpa kalah Real Madrid muncul apabila Stefan Jovetic menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90+1 selepas percubaan luar kotak penaltinya gagal dikeluarkan dengan baik oleh Keylor Navas.

Gol Jovetic tersebut merupakan gol pertama untuk dirinya bersama dengan Sevilla.

Jarak tidak jauh

Kemenangan Sevilla itu berjaya meletakkan mereka ditangga kedua dengan 39 mata. Hanya 1 mata sahaja dibelakang Real Madrid yang mengutip 40 mata serta mempunyai 1 perlawanan dalam tangan.

Kedudukan Sevilla ditangga kedua juga tidak begitu selesa, hal ini kerana mereka hanya 1 mata sahaja di hadapan Barcelona yang kini mengutip 38 mata.

Barcelona pula berjaya merakamkan kemenangan bergaya apabila membelasah Las Palmas di laman sendiri.

Luis Suarez menjaringkan gol awal permainan pada minit ke-14 sebelum 4 gol hadir di separuh masa kedua hasil gol kedua beliau pada minit ke-57.

Sebelum gol kedua Suarez tiba, Lionel Messi menjaringkan gol pada minit ke-52 sebelum Arda Turan menjaringkan gol ke-4 pada minit ke-59 dan Aleix Vidal melengkapkan kemenangan berkualiti Barcelona dengan gol pada minit ke-80.

Atletico Madrid cuba untuk merapatkan diri dengan kelompok 3 teratas apabila mereka berjaya menang ke atas Real Betis.

Gol dari Nico Gaitan sudah cukup untuk memberikan 3 mata kepada Atletico Madrid.

Baca juga: Fiorentina Tewaskan Juventus, Perebutan Kejuaraan Serie A Kembali Terbuka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN