Pada malam ini, Piala AFF Suzuki 2020 akan menutup tirainya dengan besar kemungkinan Thailand yang bakal dinobatkan sebagai juara apabila sedang selesa mendahului agregat dengan kedudukan empat gol tanpa balas.
Ia kejohanan yang akan diingati – edisi 2020 yang dilangsungkan pada 2021 dan juaranya dinobat pada 2022.
Ia menyaksikan tahun kebangkitan Gajah Perang secara total. Sebagaimana yang telah dipamerkan dalam aksi permainan mereka, tampak jelas yang Thailand sudah kembali bangkit di edisi kali ini dengan kemenangan total.
Piala AFF: Chanathip & Thailand ‘Hajar’ Indonesia Erti Permainan Berkelas Sebenar
Mungkin sukar untuk kita melihat Garuda bangkit mengejar dan menidakkan kejuaraan buat Thailand kali ini. Kemenangan 4-0 merupakan yang terbesar pentas final Piala AFF sepanjang ia diadakan sejak tahun 1996.
Sejak 1996, sebanyak 13 edisi telah dilangsungkan dalam tempoh 25 tahun itu. Mari kita soroti rekod di Piala AFF yang dipegang Thailand secara berpasukan mahupun individu yang mungkin sukar untuk dipecahkan.
Thailand raja bola sepak Asean
Jika diangkat sebagai juara malam ini, Thailand sudah enam kali sebagai dinobat sebagai juara iaitu pada edisi 1996, 2000, 2002, 2014, 2016 dan 2020. Ia diikuti Singapura dengan empat kejuaraan (1998, 2004, 2007, 2012)
Ia diikuti Vietnam dengan dua kejuaraan (2008, 2018) serta Malaysia dengan hanya satu kejuaraan pada 2010.
📌 Key facts:
🔝 5 times winner Thailand holds the record for most AFF Championship titles with five, followed by Singapore with four.
✅ Thailand is the first country to win the tournament since it was founded in 1996.— Lions Of Asia (@LionsOfAsia_SG) November 29, 2021
Juara dua edisi berturut-turut
Kegagalan Vietnam di separuh akhir di tangan Gajah Perang menyaksikan mereka gagal mempertahankan kejuaraan edisi 2018. Golden Dragon tewas agregat 0-2 kepada Thailand – satu keputusan mengejutkan.
Vietnam gagal menyamai pencapaian Singapura pertahankan kejuaraan edisi 2004 pada edisi 2007. Thailand unggul dengan dua kali mempertahankan kejuaraan – pada edisi 2000 dan 2002 serta di edisi 2014 dan 2016.
Kemenangan terbesar di pentas final
Kemenangan total 4-0 Thailand ke atas Indonesia di pentas final pertama adalah yang terbesar sejak Piala AFF dilangsungkan. Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Thailand dengan kemenangan 4-1, juga ke atas Indonesia.
Rekod itu dilakar pada edisi 2000, 22 tahun yang lalu. Ia akhirnya berjaya dipintas, namun oleh Thailand sendiri. Di kedudukan ketiga adalah Malaysia yang melakar kemenangan 3-0 di edisi 2010, juga ke atas Indonesia.
Teerasil Dangda Bawa Harapan Thailand Seperti Kiatisuk ‘Zico’ Senamuang Di Eranya
Penjaring terbanyak sepanjang zaman
Teerasil Dangda akhirnya berjaya mengatasi rekod yang dipegang oleh penyerang Singapura, Noh Alam Shah yang melakar 17 gol sepanjang beliau terlibat dalam Piala AFF. Penyerang Thailand itu merekodkan 19 gol setakat ini dengan berbaki satu perlawanan lagi yang mana mungkin beliau boleh tambah koleksinya lagi.
Di kedudukan ketiga, lagenda Thailand yang membimbing skuad B-22 mereka, Worrawoot Srimaka berkongsi kedudukan dengan penyerang Vietnam, Le Cong Vinh dengan mencipta 15 jaringan sepanjang Piala AFF.
Teerasil Dangda dalam kelas tersendiri
Selain berjaya memecah rekod Noh Alam Shah ketika melakar jaringan ke-4 kejohanan kali ini, Teerasil Dangda juga merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak untuk tiga edisi iaitu untuk edisi 2008, 2012 dan 2016.
Tiada pemain yang pernah dinobat penjaring terbanyak lebih daripada sekali sepertinya dan jika pada malam ini beliau berjaya mencipta gol, beliau menambah koleksi legasinya. Setakat ini pun, beliau sudah meledak jaringan terbanyak, bersama tiga pemain lain iaitu Safawi Rasid, Bienvenido Maranonn dan Chanathip Songkrasin.
Malem New year gatau mau ngapain?
Dengerin aja nih episode terbaru Podcast Garis Lapangan ‘Chanathip Songkrasin ASEAN’s Greatest’
Ngebahas betapa “gila-nya” Messi nya Thailand ini. Dan peluang Indonesia untuk juara AFF di leg ke-2 nanti#GarisLapangan https://t.co/BvROfSzxYG
— #GarisLapangan 🎙 (@garislapanganid) December 31, 2021
Chanathip Songkrasin pemain terbaik Asean
Mungkin edisi kali ini kita telah dapat melihat sisi terbaik pemain yang beraksi di J-League bersama Hokkaido Consadole Sapporo itu. Beliau meledak empat gol menarik sepanjang perjalanan Thailand ke pentas akhir.
Chanathip merupakan pemegang rekod pemain terbanyak memenangi anugerah Pemain Paling Berharga di Piala AFF serta menjuarainya. Chanathip dinobat pada edisi 2014 dan 2016 ketika Gajah Perang menjurainya.
Penutup
Ini adalah sebahagian rekod yang telah dilakar Thailand sama ada secara berpasukan atau individu. Mampukah mana-mana pasukan memintasnya selepas ini? Jika ada, tentu ia akan mengambil masa yang lama selepas ini.