Rekod Kecederaan Gareth Bale Sejak Menyertai Real Madrid

Jumaat lalu Gareth Bale sekali lagi tercedera. Ini menjadikan beliau kini sudah mengalami kecederaan sebanyak 24 kali sejak menyertai Real Madrid pada 2013.

Beliau dibeli dengan rekod dunia ketika itu bernilai €91 juta. Pemain termahal dalam sejarah Real Madrid setakat ini.

Kebanyakan kecederaan Bale adalah melibatkan otot akibat perlanggaran (contact). Namun paling teruk adalah kecederaan buku lali yang membuatan beliau terpaksa dibedah musim lalu. Ia menyebabkan Bale cuti panjang.

Pada musim 2016/17, Bale terlepas 17 perlawananh keseluruhannya. Pada musim 2015/16 pula Gareth Bale tidak beraksi dalam 19 perlawanan Realm Madrid kerana masalah kecederaan otot.

Berbalik pada musim 2013/14 pula, Bale terlepas 15 perlawanan. Dalam kempen Real Madrid musim ini, Bale masih belum beraksi sebarang perlawanan untuk Real Madrid. Beliau juga hanya mampu melihat rakan beliau berjuang dalam kelayakan Piala Dunia dan tersingkir.

Secara keseluruhannya, Gareth Bale tidak beraksi dalam 79 rasmi untuk Real Madrid. Jika dicampur dengan aksi pra-musim, angkanya hampir 100 perlawanan.

Bahagian soleus beliau adalah yang paling rapuh termasuk paha kiri, dan buku lali kiri beliau.

Selain daripad masalah otot ada juga beberapa perlawanan beliau berehat kerana masalah seperti demam, bengkak ibu kaki, dan beberapa masalah lain yang membuatkan beliau berehat 9 perlawanan.

Musim lalu, Bale bermain dalam final UCL di Cardiff sebagai pemain gantian. Tetapi beliau kemudian berehat sekali lagi kerana kecederaan dan tidah boleh beraksi dalam perlawanan terakhir La Liga.

Gareth Bale sentiasa memberikan yang persembahan yang terbaik jika berada dalam kondisi terbaik. Tetapi masalah utama beliau adalah kecederaan.

Sebelum ini, beliau dicanang sebagai pengganti kepada Ronaldo yang akan meninggalkan Real Madrid kerana sudah semakin berusia. Ada juga menyatakan yang Bale harus diberikan peranan lebih besar. Tak kurang juga berteori, Ronaldo menjadi halangan beliau menjadi pemain utama.

Telahan itu meleset kerana ternyata Ronaldo ternyata pemain yang lebih konsisten dan lebih cergas di dalam padang. Buat masa ini, Real Madrid masih belum dapat menggunakan Bale secara optimum untuk satu musim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN