Rekdnapp: “Neville Biadap Label Spurs Dahulu Lembik, Dia Urus Valencia Pun Tak Betul”

Harry Rekdnapp marah dengan kenyataan Gary Neville yang menganggap Spurs pasukan lemah selama 30 tahun sebelum ini – sehinggalah mereka dikendalikan Mauricio Pochettino.

Harry Rekdnapp – bekas pengendali Tottenham Hotspur – menganggap ia satu penghinaan kepada kelab tersebut.

Segalanya bermula apabila Gary Neville memberikan ulasan dalam program Monday Night Football – beliau dan Jamie Carragher berbincang tentang potensi Tottenham Hotspur menjadi pencabar kejuaraan musim ini.

Bekas kapten Man. United – Gary Neville menyatakan yang Spurs dahulu pasukan yang rapuh dan sampah. Kenyataan itu membuatkan Redknapp jadi tak selesa. Ini kerana beliau adalah pengurus pasukan tersebut daripada 2008 sehingga 2012.

Neville berkata:”Dalam tempoh 30 tahun  dalam hidup kita menyaksikan pasukan Tottenham yang lemah, lembik, rapuh, sampah – Kamu boleh ketinggalan 2-0 di tangan mereka dan kemudiannya rasa kamu akan mampu menang 5-2.”

“Itulah pasukan mereka. Kamu tahu apabila langgar mereka sedikit sahaja, mereka akan jatuh.”

“Namun kini, mereka lebih kental, lebih keras, dan lebih berdaya saing. Untuk pasukan Spurs hari ini, kita tak akan berkata;’mereka patut buat macam ini’,” tambah beliau lagi.

Harry Redknapp dengan nada marah bercakap kepada Talksports: “Komen Gary [Neville] sangat biadap. Saya hanya komen untuk masa saya menjadi pengurus di sana [Spurs] dahulu.”

“Ketika itu saya ada pemain seperti Modric, Gareth Bale, Ledley King, Van der Vaart, – adalah sangat biadap menganggap pasukan kami ketika itu lembik dan teruk. Saya kecewa mendengar komen itu.”

“Saya rasa beliau patut melakukan sedikit kajian sebelum keluarkan kenyataan seperti itu,” katanya lagi.

“Ketika beliau menguruskan Valencia – pasukan mereka ketika itu menjadi pasukan paling teruk dalam sejarah kelab. Beliau kemudian keluar dengan kenyataan yang Spurs menyimpan beberapa ‘epal’ buruk – dia ada menyebut tentang Michael Dawson.”

“Untuk pengetahuan kamu semua, Michael Dawson adalah antara pemain paling profesional yang pernah bekerja dengan saya. Jadi, Gary harus membuat kajian dahulu sebelum bercakap dengan nada sebegitu.”

“Saya rasa komen beliau sangat biadap. Kami – Spurs ketika itu – bermain beberapa perlawanan yang hebat di Arsenal – dan rasanya ketika menentang Liverpool – yang ada Carragher ketika itu – kami kalahkan mereka setiap kali lawan mereka waktu itu.”

“Ketika itu, kami ada masa-masa yang hebat. Untuk menghina pemain-pemain hebat dengan label sebegitu adalah salah sama sekali dan hilang pertimbangan.”

Neville memberikan respon kepada kenyataan Rekdnapp – dengan nada marah – dengan meletakkan emoji ketawa sehingga keluar air mata di twitter beliau.

https://twitter.com/GNev2/status/1057580627787169795

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN