Rekaan Topeng Muka Faisal Halim Bukan Sekadar Gimik Adiwira

Di media sosial, beberapa persoalan timbul dalam kalangan peminat bola sepak tempatan mengenai topeng yang dipakai bintang bola sepak negara iaitu Faisal Halim baru-baru ini.

Beberapa persoalan dan perbincangan timbul mengenai topeng tersebut dengan ada menyatakan ia sekadar gimik atau sekadar pelindung biasa buat kecederaan pemain tersebut.

Umum mengetahui Faisal Halim telah ditimpa musibah beberapa bulan lalu dengan tonggak utama Selangor itu disimbah asid oleh dua penjenayah tidak berhati perut.

Kesan daripada simbahan asid itu menyaksikan hampir sebahagian besar tubuh Faisal mengalami kecederaan termasuk beberapa kesan di bahagian muka.

Sekembalinya kini Faisal di atas padang, beliau telah disediakan oleh satu topeng khas berwarna hitam untuk dipakai jika pemain tersebut diberi peluang beraksi di atas padang.

Malah, pemain Harimau Malaya itu juga telah pun memakai topeng berwarna hitam itu ketika dibawa masuk pada penghujung permainan aksi lalu membabitkan Selangor menentang Kelantan Darul Naim (KDN).

Menerusi perkongsian dibuat oleh Harian Metro, topeng tersebut sebenarnya telah direka khas daripada penyelidik dari Universiti Malaya (UM) hasil kajian dibuat oleh BioApps Sdn Bhd berdasarkan nasihat daripada Jabatan Pemulihan Kecederaan Sukan.

“UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan BioApps Sdn Bhd adalah syarikat spin-off UM yang ditubuhkan di bawah Centre for Applied Biomechanics (CAB), Fakulti Kejuruteraan dan kini menyediakan perkhidmatan prostetik dan ortotik tunggal untuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” jelas kenyataan Harian Metro.

Naib Canselor UM Profesor Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman antara terlibat untuk penghasilan topeng muka tersebut dan beliau merupakan pakar penyelidik biomekanik dan rekabentuk prostetik.

“Penghasilan topeng muka khas ini adalah satu strategi utama UM untuk memasyarakatkan impak komuniti daripada kepakaran dan hasil penyelidikan universiti,” jelas beliau.

Pada masa sama, Pakar Prostetik dan Ortotik BioApps Sdn Bhd Muhammad Hazim Kamaruzaman menjelaskan mengenai topeng tersebut yang dibina daripada bahan carbon fibre yang lebih ringan dan nipis supaya memberi keselesaan kepada Faisal selain melindungi luka pemain tersebut.

“Topeng muka khas tersebut telah dihasilkan berdasarkan kondisi parut muka yang agak serius dan telah melalui beberapa peringkat pengukuran dan pengujian tahap keselesaan sebelum penghasilan peringkat akhir,” kata beliau.

Akhir sekali, bintang Malaysia itu turut mengakui selesa ketika memakai topeng tersebut di atas padang walau sedikit janggal pada mulanya.

Saya rasa kembali normal dan selesa untuk beraksi di padang. Mungkin pada pandangan masyarakat, pemakaian topeng muka tersebut agak janggal tetapi saya memerlukannya sehingga luka dan parut muka saya kembali pulih,” katanya pula.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN