Reka Bentuk Sama, Jangan Pula Kedah Senasib Dengan Mainz 05

Kedah Jersi ketiga ACL 2020

Pelancaran secara digital jersi ketiga Kedah kelmarin mengundang pelbagai reaksi bukan sahaja daripada penyokong Kedah, malah ia juga menarik perhatian penyokong pasukan lain. Ada yang berkata ianya tampak unik, ada yang berkata buruk dan sebagainya.

Ada yang menyamakan reka bentuk jersi dengan papan dam, ada yang berkata ianya seakan-akan jersi Croatia, malah ada yang meletakkan imej pelapik meja dengan warna dan reka bentuk kotak-kotak yang sama seperti jersi ketiga tersebut.

Malah ia juga disamakan dengan reka bentuk jersi sebuah kelab Bundesliga, Mainz 05. Bukan satu perkara yang pelik dan ‘meniru’ bak kata sesetengah pemerhati kerana Mainz 05 juga menggunakan templete daripada penaja jersi yang sama iaitu, LOTTO.

Untuk Mainz 05, jersi dengan reka bentuk yang dipanggil kit Carnival itu dipakai khas untuk perlawanan menentang Bayer Leverkusen pada Februari 2019. Menurut laporan, jersi tersebut hanya dicetak sebanyak 1,111 helai dan habis dijual dalam masa yang singkat.

Ianya dilancarkan sempena meraikan karnival yang popular di Mainz bermula pada 11 November berlanjutan sehingga Mac setiap tahun. Kelab tersebut juga terkenal dengan gelaran Karnevalsverein (kelab karnival) seperti corak dan warna yang terserlah pada jersi tersebut.

Untuk Helang Merah pula, jersi ketiga ini telah dilancarkan terlebih dahulu secara digital kerana Kedah bakal melalui pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 menentang Tai Po FC pada 21 Januari., sebelum Liga Malaysia membuka tirainya.

Jersi utama dan kedua Kedah bakal dilancarkan kemudian, sebelum Liga Malaysia bermula iaitu pada 28 Februari depan. Begitupun, telah tersebar reka bentuk dan warna kedua-dua jersi di laman sosial sehingga mengundang reaksi daripada pihak LOTTO Malaysia.

Menurut laman rasmi LOTTO Malaysia, siasatan mengenai individu yang bertanggungjawab kepada penularan jersi utama dan kedua Kedah telah dimajukan kepada pihak Peguam Syarikat untuk diambil tindakan lanjut dalam masa terdekat.

Kedah akan merasmikan jersi baharu ini ketika berdepan Tai Po FC dan menurut laman rasmi Kedah FA, jersi ini bakal dijual di Stadium Sultan Abdul Halim bermula pada esok. LOTTO akan turut mengadakan aktiviti bersama peminat bermula jam 3:00 petang hingga 9:00 malam.

Namun, diharapkan dengan persamaan antara jersi Mainz 05 dan Kedah ini tidak akan menyebabkan Kedah mengalami nasib yang sama dengan kelab di Jerman itu. Mainz 05 dibelasah 1-5 oleh Bayer Leverkusen ketika merasmikan jersi tersebut.

Kredit Foto: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN