Bekas pengurus Tottenham Hotspur iaitu Harry Redknapp merupakan individu yang sangat bencikan aksi bola sepak antarabangsa.
Beliau melabelkan aksi bola sepak antarabangsa sebagai sesuatu yang “tidak berguna”.
Semua ini beliau luahkan ketika menjadi panel sebuah rancangan terbitan BT Sport baru-baru ini iaitu Premier League Tonight.
Tak berguna
Ketika bercakap mengenai bola sepak antarabangsa, Redknapp secara terang-terangan berkata yang beliau bencikan bola sepak antarabangsa kerana ia tidak membawa sebarang hasil terutamanya bagi pasukan England.
“Tiap-tiap kali tempoh bola sepak antarabangsa, kita akan main dengan baik.”
“Kita akan kalahkan semua pasukan di peringkat kelayakan dan bila di kejohanan sebenar kita akan balik awal. Ia amatlah tak berguna!”
Redknapp juga berkata yang beliau tidak lagi kisah dengan bola sepak antarabangsa malah tidak hiraukan lagi jika England bermain dan mendapat siaran langsung di kaca televisyen.
“Saya tak hadap lagi untuk tonton perlawanan bola sepak antarabangsa lagi di kaca televisyen. Saya buat tak tahu saja.”
“Saya tak sabar untuk tunggu Premier League bermula semula seperti biasa! Saya tak sabar nak tengok perlawanan bola sepak yang senonoh dan berkualiti tinggi.”
Rekod teruk
Apa yang dikatakan Redknapp ada benarnya dan mungkin dipersetujui oleh majoriti penyokong pasukan England yang sudah bosan dengan prestasi pasukan kebangsaan mereka di kejohanan antarabangsa yang sering pulang awal.
Sejak tewas di tangan Jerman ketika separuh akhir EURO 1996, England tidak pernah menjejaki peringkat separuh akhir di mana-mana kejohanan antarabangsa. Berikut adalah rekodnya:
- Piala Dunia 1998 – Pusingan 16 pasukan terakhir (tewas kepada Argentina)
- EURO 2000 – Terkandas di peringkat kumpulan
- Piala Dunia 2002 – Suku akhir (tewas kepada Brazil)
- EURO 2004 – Suku akhir (tewas kepada Portugal)
- Piala Dunia 2006 – Suku akhir (tewas kepada Portugal)
- EURO 2008 – Tidak layak
- Piala Dunia 2010 – Pusingan 16 pasukan terakhir (tewas kepada Jerman)
- EURO 2012 – Suku akhir (tewas kepada Itali)
- Piala Dunia 2014 – Terkandas di peringkat kumpulan
- EURO 2016 – Suku akhir (tewas kepada Iceland)
Baca juga: Analisis: Variasi Dalam Taktikal Pochettino Dalam Penekanan Struktur Untuk Mengawal Tengah