Red Warriors Rebahkan Pulau Pinang Untuk Kemenangan Pertama Di Kota Bharu

Kelantan akhirnya mencatatkan kemenangan pertama mereka di laman sendiri pada musim ini apabila menang tipis mengatasi Pulau Pinang 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, pada malam tadi

Gol pertama The Red Warriors (TRW) dijaringkan Nik Akif Syahiran Nik Mat selepas pemain muda negara itu menyambut hantaran Flavio Beck Junior sebelum merembat ke penjuru kiri gawang lawan pada minit ke-30 perlawanan.

Gol kedua skuad bimbingan Yusri Che Lah pula hadir pada minit ke-42 menerusi Azwan Aripin yang bijak melakukan larian solo dari bahagian kiri serangan, sebelum melepaskan rembatan dari dalam kawasan penalti pasukan lawan.

Foto: MFL

Bersambung babak kedua perlawanan, Pulau Pinang tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan menerusi Ndumba Makeche pada minit ke-47 perlawanan.

Gol itu berpunca daripada sepakan percuma ketua pasukan, Kang Seungjo yang tertampan pemain pertahanan Kelantan sebelum mudah dirembat masuk Makeche.

Cubaan Pulau Pinang menyamakan kedudukan melalui Julian Bottaro dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-82 ditepis keluar penjaga gol, Damien Lim.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat permainan untuk kemenangan kedua Kelantan pada musim ini di saingan Liga Premier.

Dalam satu lagi perlawanan Liga Premier menyaksikan JDT II meneruskan penguasaan mutlak di persada liga dengan kemenangan 2-0 ke atas Selangor United, hasil jaringan S. Kumaahran dan Darren Lok pada babak kedua perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN