Red Army Malaysia Kumpul Penyokong Man Utd Dari Asia Tenggara Dalam Festival 26-27 April

Ianya bukan sekadar sebuah festival yang diadakan secara suka-suka. Lebih daripada itu, Red Army Malaysia mempunyai serampang dua mata di sebalik usaha menghimpunkan ribuan penyokong bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) di Kuala Lumpur pada 26 sehingga 27 April yang akan datang.

Red Army Malaysia merupakan salah sebuah kelab penyokong rasmi kelab bola sepak Manchester United yang berdaftar. Selain daripada berdaftar dengan pihak kelab di United Kingdom, Red Army Malaysia juga merupakan pertubuhan yang berdaftar secara sah di negara ini.

‘United Red Army Fan Festival’ yang dirancang untuk diadakan pada April ini bertujuan untuk menghimpunkan seramai mungkin penyokong The Red Devils dari seluruh rantau Asia Tenggara.

Menurut Presiden Red Army Malaysia, Datuk Rosthman Ibrahim tiga acara utama akan mengambil tempat sepanjang festival dua hari itu, iaitu konvensyen dan malam gala yang akan diadakan di Palace of the Golden Horses dan karnival yang akan diadakan di sekitar Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil.

“Pada program karnival itu nanti, kita akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan masyarakat. Antaranya adalah pertandingan bola sepak 7 sebelah, e-sukan FIFA 2019 (PS4), pertandingan sepakan penalti, aktiviti kanak-kanak selain jualan barangan United.

“Pada sebelah malamnya pula, kita akan mengadakan makan malam gala yang bertujuan untuk mencari dana. Kita jangkakan kira-kira 700 hingga 1,000 orang bakal menghadiri majlis ini.

“Mereka yang menghadiri jamuan ini berpeluang memenangi salah satu daripada 10 tiket cabutan bertuah ke Old Trafford yang ditanggung sepenuhnya,” katanya pada pelancaran United Red Army Fan Festival 2019, di sebuah hotel di Seri Kembangan semalam.

FOTO: RAM

Dalam majlis yang sama Dato’ Rosthman turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Nur Auliya Rahmat Faizan yang berasal dari Perlis untuk membantu beliau merawat penyakit bliary atresia- sejenis penyakit di saluran hati yang jarang berlaku di negara ini.

Presiden RAM itu juga berkata penganjuran malam gala pada festival tersebut adalah bertujuan untuk mencari dana bagi membantu komuniti yang kurang bernasib baik

“Kami bekerjasama dengan United for UNICEF di mana dana itu akan digunakan untuk pembangunan kanak-kanak terutama dalam bidang sukan di seluruh dunia termasuk di Asia Tenggara dan Malaysia,” katanya

Mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket menerusi aplikasi United Red Army yang dimuat turun menerusi Google Play atau App Store.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN