Kita semua tahu sejauh mana getirnya perseteruan di antara Liverpool dan Manchester United. Kedua-dua pasukan dianggap sebagai dua kelab terbesar dari Liga Inggeris. Tidak salah juga untuk melabel kedua-dua kelab ini sebagai dua kelab bola sepak paling popular di dunia dengan jutaan penyokong di segenap benua.
Maka tidak hairanlah apa yang berlaku di salah sebuah kem akan menarik perhatian kem yang lagi satu. Bagi penyokong kedua-dua kelab, sering kali perkara sekecil zarah sekali pun akan mencetuskan sesi perbahasan yang panas, beremosi, penuh dengan sindiran – sehingga ada yang terlupa bara api neraka itu lagi panas.
Kritikan jadi senjata Klopp
Bagi yang mengikuti saingan Liga Perdana Inggeris, karenah dan telatah pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sudah menjadi kebiasaan. Sering kali pengendali dari Jerman ini akan memberikan komen terhadap semua perkara – dengan tujuan mewujudkan advantage kepada anak buahnya sambil membakar semangat YNWA di kalangan penyokong The Reds.
Kritikan terhadap lawan ibarat ‘senjata’ untuk bekas pengendali Borussia Dortmund itu di luar padang, selain taktikal genius yang sering mengancam lawan ketika permainan. Semua itu membentuk peribadi Klopp yang dianggap sebagai antara pengendali paling menarik pernah disaksikan di Liga Perdana Inggeris.
Klopp’s words about #MUFC spending this summer were noted with interest at Old Trafford because model/income is similar at Liverpool.
Payments structured for Sancho, Varane + even Van de Beek.
Also: Solskjaer pushed for Varane unveiling @TheAthleticUKhttps://t.co/PKxKmpNU0q
— Laurie Whitwell (@lauriewhitwell) August 17, 2021
Sebelum ini, Klopp pernah bertelagah dengan pengendali Man City yang dilabel oleh beliau berbelanja ‘tanpa had’ ketika membeli Jack Grealish dan kini sedang memburu Harry Kane. Ia bukan kali pertama Klopp sengaja mengeluarkan kenyataan terhadap Man City yang dianggap sebagai pesaing utama Liverpool untuk kejuaraa
Ia mungkin wajar untuk Klopp mengkritik Man City kerana perbelanjaan mereka sering dikaitkan dengan peraturan kewangan UEFA (FFP).
Musim lalu, Chelsea turut menarik perhatian Klopp apabila kelab itu berbelanja lebih daripada £200 juta untuk deretan pemain bintang seperti Edouard Mendy, Thiago Silva, Ben Chilwell, Kai Havertz, Hakim Ziyech dan Timo Werner.
Klopp wajar risau dengan perbelanjaan yang Chelsea lakukan. Kerana dengan skuad tersebut, Chelsea di bawah kendalian Thomas Tuchel muncul juara UEFA Champions League. Kelab milik Roman Abramovich itu terus mempunyai asas yang kukuh untuk mencabar kejuaraan pada musim ini, apabila turut mendapatkan Romelu Lukaku dari Inter Milan dengan nilai £98 juta.
Man Utd tidak terkecuali
Maka tidak hairanlah aktiviti perpindahan di Old Trafford pada musim ini turut mendapat perhatian Klopp. Sehingga kini Man Utd telah membelanjakan £116 juta untuk dua pemain, Jadon Sancho dan Raphael Varane.
Jumlah itu mungkin akan bertambah dalam tempoh beberapa hari ini sebelum tarikh tutup jendela perpindahan pada 31 Ogos – bergantung kepada keberkesanan Pengarah Sukan Man Utd yang baharu, John Murtough mendapatkan pemain seperti Eduardo Camavinga, Declan Rice atau Saul Niguez.
Ibrahima Konate's first taste of Anfield 🔴 pic.twitter.com/apYd1sDB94
— GOAL (@goal) August 9, 2021
Sebagai perbandingan, Liverpool hanya membelanjakan £35 juta untuk Ibrahima Konate setakat ini. Terdapat khabar angin nakal mengaitkan Liverpool dengan Kylian Mbappe, tetapi hakikatnya kita semua tahu hala tuju penyerang Perancis itu sekiranya nekad meninggalkan PSG musim panas ini.
“Kita semua tahu dengan jelas situasi di Chelsea dan City dan PSG,” kata Klopp.
“Tetapi apa yang dilakukan United, saya tidak faham bagaimana mereka melakukannya. Kami [Liverpool] ada cara kami sendiri. Kami dibenarkan berbelanja menggunakan wang [keuntungan] yang kami perolehi. Kami sentiasa melakukan begitu.”
Respon Solskjaer
Sepertimana Guardiola dan Frank Lampard sebelum ini, komen oleh Klopp seperti dijangka turut akan mendapat perhatian Ole Gunnar Solskjaer.
Bagi Solskjaer Man Utd sebenarnya turut menggunakan kaedah yang sama dengan kelab lain untuk bebelanja, dengan kebanyakkan keuntungan tiba dari aspek komersial dan saiz fanbase di seluruh dunia. Pengurus Man Utd itu juga beliau pernah dinafikan pembelian pemain, bukti kelab itu juga bukanlah kaya sehingga bermakna wang itu tidak terhad.
“Kami adalah sebuah kelab yang diuruskan dengan baik. Kami mempunyai ramai penyokong di luar sana, dan hasilnya adalah melalui pulangan di dalam bentuk tajaan dengan nilai yang bagus,” kata Solskjaer.
'United manager has jokingly admitted that he has bought an electric car – specifically to avoid helping fund the petrol and gas-fuelled spending of rivals Manchester City and Chelsea.' #MUFC https://t.co/D2uMNs7kMV
— Telegraph Football (@TeleFootball) August 22, 2021
“Bagaimana anda mendapatkan duit itu, sebagai pengurus sudah tentu anda mahu banyak dan lebih banyak [peruntukan[. Permintaan saya juga pernah ditolak.
“Bagaimana kelab lain menguruskan kelab mereka? Ada banyak model [pengrurusan] di kelab yang berbeza. Saya pula [di Man Utd] bermula dengan membeli kereta elektrik!
“Demikianlah saya mahu menjelaskan situasi keseluruhan mengenai perkara ini.”
Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Solskjaer di sebalik keyakinannya menjelaskan kepada Klopp bagaimana Man Utd mampu berbelanja besar?
Strategi urusniaga Man Utd
Adalah wajar untuk kelab sebesar Man Utd untuk mendapatkan seorang pemain bintang/marquee signing pada musim panas ini. Sebelum itu Harry Maguire tiba dengan nilai £80 juta, manakala Bruno Fernandes pula tiba dari Sporting Lisbon dengan tanda harga £47 juta. Pembelian kedua-dua pemain perlu dilakukan secara tunai, dan itulah Man Utd lakukan pada ketika itu. Ia tidak menjadi masalah kerana pandemik belum lagi melanda.
Hari ini keadaannya berbeza. Borussia Dortmund dan Real Madrid terbuka untuk menerima bayaran secara ansuran untuk Sancho dan Varane. Man Utd juga mempunyai kelebihan untuk berunding harga Varane kerana pemain itu hanya mempunyai baki setahun kontrak.
Maka ia lebih mudah untuk Man Utd melakukan urusniaga, menjadikan sasaran seorang pemain bintang kepada dua yang didatangkan sekaligus.
"Dear Jurgen, this is how Manchester United can afford to spend big this summer."
After Klopp questions #MUFC's big-money moves for Sancho and Varane, @lauriewhitwell explains exactly how they were able to do it…
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) August 17, 2021
Tidak ada siapa di antara kita tahu berapakah jumlah perbelanjaan sebenar dikeluarkan Man Utd pada musim panas ini. bayaran awal boleh jadi lebih tinggi dari bayaran ansuran yang dibayar kemudian – atau dibayar secara purata. Tetapi anggaran kasar, Man Utd mungkin hanya membelanjakan sekitar £23.5 juta untuk kedua-dua pemain pada musim panas ini.
Perbelanjaan yang diperlukan oleh Man Utd bukan hanya untuk Sancho dan Varane. Mereka masih perlu menjelaskan ansuran kepada Ajax untuk Donny Van de Beek yang didatangkan dengan nilai £40 juta pada musim panas lalu. Ini bermakna tambahan £10 juta turut perlu dibelanjakan. Man Utd tidak mempunyai masalah untuk membayar semua itu.
Walaupun laporan kewangan pada Oktober lalu (suku ketiga) menunjukkan kelab tersebut rugi £23.2 juta, kelab tersebut kemudiannya masih mampu meraih keuntungan komersil sebanyak £62.6 juta pada tiga bulan berikutnya. Ia masih pendapatan yang dianggap kukuh mengambil kira situasi semasa – perkara yang tidak mampu dijana oleh kelab seperti Barcelona atau Real Madrid.
Romelu Lukaku waited nearly a decade to score for Chelsea.
It meant the world when he finally did 💙 pic.twitter.com/IajNTlFBUe
— ESPN FC (@ESPNFC) August 23, 2021
Ini tidak termasuk aliran tunai dari sumber lain. Inter Milan masih lagi perlu menjelaskan yuran perpindahan kepada Man Utd bernilai £74 juta yang dipersetujui secara ansuran pada musim lalu. Ini tidak termasuk klausa penjualan semula £3,4 juta yang harus Inter bayar kepada Man Utd ketika menjual pemain itu kepada Chelsea.
Beberapa pemain lain yang dipinjamkan (Alex Tuanzebe – Aston Villa), (Brandon Williams – Norwich) secara tidak langsung memberi pendapatan kepada Red Devils.
Kedudukan kewangan Man United
Kedudukan kewangan Man Utd kekal stabil. Situasi ini amat bertentangan dengan kelab elit eropah yang lain. Barcelona misalnya merekodkan kerugian €1.35 billion sehingga terpaksa melepaskan Lionel Messi ke PSG.
Real Madrid pula merekodkan hutang mencecah €901 juta dalam laporan kewangan terbaru, dan walaupun mahu mendapatkan Kylian Mbappe, gergasi Sepanyol itu terpaksa melepaskan beberapa pemain utama mereka – termasuk Sergio Ramos.
Man Utd post £20m loss, but commercial strength limits the Covid damage pic.twitter.com/dIDtXPLMha
— footainment (@F00tainment) October 22, 2020
Inter Milan pula dianggap melalui musim yang berjaya pada musim lalu apabila menamatkan penantian Scudettto selama 11 tahun. Realitinya kedudukan kewangan di kelab yang berpengkalan di San Siro itu sangat tidak sihat sehingga terpaksa melepaskan pemain bintang seperti Romelu Lukaku, dan Achraf Hakimi.
Tidak seperti kelab lain yang dihiasi dengan kekuatan kewangan “duit minyak” atau terhumban dengan masalah kewangan, situasi di Man Utd kekal stabil dengan kaedah mereka tersendiri – walaupun pemilikan oleh keluarga Glazer menyebabkan hutang mencecah £1.5 billion. Ia kekal sebagai hutang terbayar selagi unjuran tunai di Man Utd kekal stabil, dan ansuran kepada bank dibayar mengikut masa yang ditetapkan.
Keuntungan untuk pelaburan
Covid-19 yang melanda dunia menyebabkan Man Utd kehilangan pendapatan sebanyak £150 juta, kebanyakkannya disebabkan aksi yang diteruskan tanpa penonton di stadium dan rebet yang perlu dibayar semula kepada syarikat penyiar. Namun dari segi keuntungan yang dikutip dari nilai komersil, Man United nilainya berganda-ganda sekaligus membenarkan kelab tersebut terus beroperasi tanpa terkesan.
Model kepelbagaian keuntungan yang dijana melalui tajaan sejak dari Glazer mengambilalih Man United adalah kaedah yang sama cuba dilakukan oleh Liverpool pada hari ini – sehingga kini berjaya mendekatkan jurang kewangan diantara kedua-dua kelab ini.
Deloitte's football rich list (2019/20 revenue)
💳 1. Barca – £627.1m
💳 2. Real Madrid – £627m
💳 3. Bayern – £556.1m
💳 4. Man Utd – £509m
💳 5. Liverpool – £489.9m
💳 6. Man City – £481.6m
💳 7. PSG – £474.1m
💳 8. Chelsea – £411.9m
💳 9. Spurs – £390.9m
💳 10. Juve – £349m pic.twitter.com/h9h4NztJly— bwin (@bwin) January 26, 2021
Secara keseluruhan pada musim 2019/20, Man Utd terus unggul mengutip £509 juta keuntungan. Liverpool pula tidak jauh dengan jumlah keuntungan £489.9 juta – kurang hanya £20 juta berbanding Man Utd. Pendapatan Man City pula berjumlah £474.4 juta, dan Chelsea mengutip £407.4 juta. Semua angka ini hanya memberikan keuntungan kepada kelan masing-masing.
Penutup
Jadi di mana asas kritikan oleh Klopp? Angka di akaun kelab tidak jauh berbeza. Adakah beliau sebenarnya mengkritik lembaga pengarah kelab sendiri kerana tidak boleh berbelanja seperti Man Utd lakukan?
Ke manakah hala tuju keuntungan itu sekiranya tidak dilaburkan kembali? Wajarkah Klopp risau akan cabaran yang dilemparkan oleh Man Utd dan Solskjaer pada musim ini? Hanya Klopp yang tahu.