Real Madrid mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu LaLiga selepas menewaskan Atletico Madrid dengan kemenangan 2-0 dalam aksi derbi setempat yang berlangsung di Santiago Bernabeu.
Carlo Ancelotti nampaknya semakin selesa membimbing kelab gergasi Sepanyol itu sejak kembali pada awal musim ini dan kini pasukannya selesa menerajui liga dengan kelebihan lapan mata mengatasi pencabar terdekat Sevilla.
Penjaring terbanyak LaLiga, Karim Benzema terus membuktikan usia tidak pernah menjadi penghalang untuknya menampilkan aksi terbaik dengan rembatan voli yang cukup menakjubkan hasil dari hantaran lintang Vinicius Jr untuk meletakkan Real di depan seawal minit ke-16 perlawanan.
💥 He understood the assignment.
🤷♂️ He always understands the assignment pic.twitter.com/KCM26uZ5IH— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) December 12, 2021
Ia merupakan gol ke-13 peribadinya dalam liga dan ke-36 buat Real dalam semua pertandingan pada tahun 2021, iaitu rekod terbaiknya untuk kelab berkenaan.
Status Atletico selaku penyandang juara liga langsung tidak menggoyahkan pasukan tuan rumah yang terus melebarkan kedudukan menerusi Marco Asensio pada babak kedua yan sekali lagi disumbang oleh hantaran Vinicius.
Skuad kendalian Diego Simeone tersebut tidaklah beraksi dengan terlalu buruk, mereka turut memperoleh deretan peluang untuk menjaringkan gol, namun dikecewakan dengan ketangkasan Thibaut Courtois yang menyelamatkan enam percubaan tepat ke arah gol termasuk sepakan percuma Antoine Griezmann.
— Atlético de Madrid (@atletienglish) December 12, 2021
Musim ini menyaksikan Real hanya tewas sekali sahaja dalam aksi liga dan kini telah mengumpul 42 mata dari 17 perlawanan.
Pastinya ia merupakan landasan terbaik untuk mengembalikan kejuaraan yang dimenangi pada musim 2019/20.