Quantcast

BERITA

Real Madrid Ucap Selamat Tinggal Kepada Ronaldo Yang Akan Sertai Juventus

Saga perpindahan Cristiano Ronaldo akhirnya dimuktamadkan dengan bahagian perhubungan dan komunikasi Real Madrid sudah pun mengeluarkan kenyataan media.

Dipetik daripada laman rasmi Real Madrid:

“Cristiano Ronaldo telah pun bersetuju dengan perpindahan ke Juventus FC.”

“Hari ini, Real Madrid mahu mengucapkan setinggi penghargaan kepada pemain yang terbukti menjadi yang terbaik dunia dan telah meletakkan nama beliau sebagai salah seorang yang terbaik dalam sejarah kelab serta sejarah bola sepak.”

“Selain daripada menawan kejuaraan, pencapaian trofi dan kegemilangan yang dikecapi di atas padang sepanjang 9 tahun, Cristiano Ronaldo telah menjadi contoh kepada dedikasi, kerja keras, tanggungjawab, bakat dan improvisasi.”

Beliau juga menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Real Madrid dengan 451 gol daripada 438 perlawanan. 16 piala, termasuka 4 UCL, 3 daripadanya dicapai secara berturut-turut.”

“Pencapaian individu, bersama jersi Real Madrid, beliau menang 4 Ballon d’Or, 3 kasut emas dan banyak lagi.”

“Untuk Real Madrid, Cristiano Ronaldo akan selamanya menjadi salah satu simbol kegemlingan yang akan menjadi rujukan unik kepada generasi akan datang.”

“Real Madrid akan sentiasa menjadi rumah anda.”

Ronaldo dilaporkan menyertai Juventus dengan nilai £88 juta.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!