Real Madrid Tidak Mahu Memandang Rendah Pada Kelab UAE, Al Jazira

Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane memberi amaran beliau tidak akan memandang rendah pada kelab dari UAE, Al Jazira apabila kedua-dua kelab bertemu di separuh akhir Piala Dunia Kelab, awal pagi esok.

Al Jazira beraksi di kejohanan berkenaan selaku tuan rumah dan melangkah ke peringkat empat terbaik dengan menyingkirkan kelab New Zealand, Auckland City 1-0 selain menewaskan juara Asia, Urawa Red Diamonds dengan keputusan sama, minggu lalu.

“Ia tidak akan menjadi sesuatu yang mudah buat kami. Jika kami berfikir sedemikian, kami salah,” kata Zidane ketika sidang media, hari ini.

Al Jazira mencipta kejutan apabila menewaskan Juara AFC Champions League, Urawa Reds minggu lepas. (Gambar: FIFA Club World Cup Official Facebook)

Real berharap untuk mempertahankan kejuaraan Piala Dunia Kelab yang mereka menangi di Jepun, 12 bulan lalu apabila hatrik Cristiano Ronaldo di pentas final membantu mereka menewaskan Kashima Antlers sekali gus menjulang lima kejuaraan pada tahun ini.

Namun Zidane memberi amaran dan berkata Al Jazira yang dikendalikan bekas pengurus Barcelona, Henk ten Cate mampu melakar kejutan ke atas pasukan besar.

“Ini adalah permainan paling utama mereka tahun ini dan kerana itu kami perlu bersedia.”

“Saya tidak memikirkannya  kerana Real Madrid adalah kelab yang besar, tetapi ia memberi motivasi kepada saya dan semua pemain.

“Kami mahu mempertahankan kejuaraan yang pasukan ini menangi tahun lalu dan kerana itu kami berada di sini.”

Skuad kendalian Zidane masih meraikan kemenangan besar 5-0 ke atas Sevilla dalam aksi La Liga, minggu lalu dengan Zidane memberi bayangan Gareth Bale dan Raphael Varane mungkin terbabit dalam perlawanan berkenaan yang berlangsung di Stadium Zayed Sports City itu.

“Pada Isnin dan hari ini, mereka berlatih dengan baik, tanpa masalah dan mengambil bahagian dalam keseluruhan sesi,” kata Zidane. – AFP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN