Presiden Real Madrid, Florentino Perez sentiasa mempunyai keghairahannya tersendiri untuk membawa kejayaan bersama kelab miliknya.
Terbaru, dikhabarkan pemilik Los Blancos itu berniat mahu mendatangkan Neymar ke Real Madrid satu masa nanti untuk mengantikan tempat Cristiano Ronaldo.
Tidak dinafikan, penampilan Ronaldo bersama Real Madrid saat ini amat cemerlang dan mungkin juga untuk satu atau dua tahun hadapan.
Tetapi sebagai persedian, kelab itu harus segera merancang mencari pemain yang sesuai untuk mengantikan tempat Ronaldo nanti, jika pemain itu sudah berusia. Ianya adalah transisi yang perlu dirancang awal.
Hal ini membuatkan Perez sudah muda tidak senang duduk memikirkan siapakah calon pemain yang paling sesuai.
Neymar adalah pemain utama yang disebutkan sebagai karakter paling sesuai untuk mengantikan tempat Ronaldo nanti.
Perez ingin memgembalikan Neymar ke Sepanyol setelah pemain itu behijrah keluar ke Paris Saint-Germain. Sebenarnya, menurut media Sepanyol, wakil kelab Real Madrid dan ejen Neymar sering berhubung satu sama lain.
Namun, saat ini mungkin Neymar tidak akan meninggalkan Paris Saint-Germain. Kemungkinan Neymar akan bersama kelab Perancis itu satu atau dua musim nanti sebelum kembali pulang ke Sepanyol.
Perez yakin Neymar tidak mampu berada lama di Perancis disebabkan beberapa isu yang dihadapinya disana.
Menyesal tinggalkan Barca?
Menurut laporan Tv Catalan, La Porteria, Neymar tidak begitu selesa dengan persekitaran kota Paris dan seringkali terbang ke Barcelona. Keluarganya juga masih ada di sana.
Minggu lalu, Neymar membuat lawatan mengejut ke pusat latiha Barcelona untuk bertemu dengan rakan-rakan lama beliau. Neymar mungkinmerindui detik bergandingan bersama Messi dan Suarez.
Neymar behijrah dari Barcelona ke PSG dengan memecahkan rekod perpindahan tertinggi dalam sejarah dunia bolasepak. PSG membeli Neymar dengan menebus kontrak pelepasan bernilai €222 juta.
Jumlah wang yang tinggi dibayar PSG untuk mendapatkan Neymar pada musim panas lalu telah membuahkan hasil yang cukup positif.
Setakat ini, neymar sudah berjaya menjaringkan gol untuk PSG, walaupun hnhya bermain di dalam perlawanan.
Meskipun Paris Saint-Germain mempamerkan kombinasi cemerlang antara Neymar, Kylian Mbappe dan Edison Cavani dalam setiap perlawanan sebelum ini.
Antara aksi cemerlang mereka adalah ketika mereka menewaskan Bayern Munich pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah bulan lepas.
Namun menurut laporan Le Parisien di Perancis, situasi Neymar di Perancis tidak seperti yang digambarkan. Sudah mula dengar khabar-khabar angin yang kurang enak setelah hadirnya Neymar ke kem Paris Saint-Germain.
Ada beberapa rakan sepasukan beliau di PSG tidak begitu gembira dengan layanan istimewa yang diberikan pihak pengurusan yang diberikan kepada bintang Brazil itu.
Neymar telah diberikan dua ahli fisioterapi untuk menjaga tahap kecergasan dan difahamkan rakan sepasukan tidak dibenarkan membuat terjahan terhadapat Neymar ketika dalam sesi latihan.
Malah, Neymar juga diberikan kebenaran untuk mengunakan beg milik peribdainya sendiri manakala pemain PSG lain perlu mengunakan beg yang disediakan oleh kelab.
Le Parisien juga mendedahkan bahawa Neymar akan mengambil alih tanggunjawab mengambil sepakan penalti dan sepakan percuma keseluruhan mulai dari musim depan.
Sekarang di berkongsi tanggunjawab tersebut bersama Edison Cavani. Sebelum itu, Neymar telah bertelingkah dengan rakan pasukannya Cavani selepas pemain Uruguay itu enggan memberikannya peluang untuk mengambil sepakan penalti.
Tidak itu sahaja, jersi nombor 10 milik Javier Pastore juga diserahkan kepada Neymar setelah pemain Brazil itu sah secara rasmi menyertai PSG musim panas lalu.
Hubungan dengan Unai Emery
Neymar dilaporkan kurang senang dengan pengurus Paris Saint-Germain, Unai Emery. Kontroversi hubungan diantara kedua-dua mereka kian dingin sejak Neymar mula menjejak kaki ke Paris.
Terbaru, menurut sumber Le Parisien, pemain Brazil itu tidak berpuas hati apabila dirinya dianggap pemain biasa dan bukanlah seorang bintang di PSG.
Sebelum itu, Unai Emery juga pernah memberi amaran kepada Neymar supaya tidak terjebak melakukan provokasi ketika perlawanan.
Menurut laporan media Perancis, ketika menentang Anderlecht dalam Liga Juara-Juara Eropah, Neymar meminta waktu tambahan untuk berlatih beberapa teknik bersama pemain PSG.
Tetapi pemintaan Neymar sama sekali ditolak Emery. Hal ini membuatkan Neymar mula tidak meminati corak latihan pengurus yang berasal dari Sepanyol itu.