Hazard dengan berat badan berlebihan pada pra musim bukan perkara biasa. Ketika di Chelsea beliau selalu mengalaminya tetapi Hazard tetap berjaya menurunkan berat badan kembali ke berat unggul pada musim bermula.
Tetapi kali ini cabaran Hazard adalah, beliau tiba di Real Madrid dengan kenaikan berat badan sebanyak 7kg daripada berat terakhir beliau pada akhir musim lalu bersama Chelsea.
Berat ini dipercayai yang paling tinggi pernah beliau alami.
Hazard masih ada beberapa minggu sahaja lagi untuk memastikan kondisi fizikal beliau kembali kepada yang terbaik. Dalam aksi pra musim sebelum ini beliau kelihatan masih jauh daripada kondisi fizikal terbaiknya.
Real Madrid turut pening ketika ini, kerana berat badan Hazard masih belum menurun sejak pra musim bermula. Real membelanjakan sekitar £90 juta – bayaran asas – untuk pemain ini.
.@diegotorresro reports Eden Hazard has started Real Madrid’s preseason being 7kg overweight, and he hasn’t even lost half of it yet. pic.twitter.com/i27pqewxqy
— Alex Truica (@AlexTruica) July 29, 2019
Kelmarin Samuel Eto’o antara yang mengangkat nama Hazard sebagai calon Ballon d’Or dengan perpindahan ke Madrid.
Beberapa penyokong Real Madrid turut meminta penjelasan kelab sama ada gambar ketika Hazard melakukan sesi medikal disunting?
Hal ini kerana mereka melihat sendiri berat badan Hazard memang meningkat.
https://twitter.com/rbfootbaII/status/1155842726975422464
Bleacher Reports melaporkan beberapa pegawai sokongan di Real Madrid mulai mempersoalkan profesionalisme Eden Hazard. Ini kerana pemain itu diberikan garis panduan pemakanan yang sangat ketat.
Biasanya pemain yang melalui program ini akan berjaya menurunkan berat badan mereka. Tetapi kes Hazard pula, kini sudah meningkat daripada lebihan 7kg kepada 11kg. Persoalannya, adakah Hazard mengikuti program tersebut dengan sebaiknya?
Real Madrid staff are growing increasingly concerned about the lack of professionalism from Eden Hazard, who began pre-season 7kg overweight and was put on a strict nutritional programme, only to be told 2 weeks later he is now 11kg overweight. pic.twitter.com/0mlfyBWQv8
— R/B Football (@rbfootbaII) July 29, 2019
Eden Hazard merupakan pembelian termahal Real Madrid kali ini. Beliau sudah pastinya menjadi ayam tambatan Real Madrid untuk musim hadapan. Staf Real Madrid masih berusaha untuk memastikan Hazard dapat kembali ke berat badan unggul beliau untuk membolehkannya berada dalam kondisi terbaik.