Real Madrid berjaya menang dengan jumlah jaringan yang sama ke atas Napoli seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini.
Ia signifikan kerana 2 perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi berakhir dengan jumlah jaringan yang sama.
Satu lagi perlawanan, Bayern Munich juga menang 5-1 ke atas Arsenal.
Napoli bermula dengan baik. Mereka mendominasi perlawanan ini pada awalnya. Hasilnya mereka mendahului menerusi Dries Mertens pada minit ke-24.
Bersambung pada separuh masa ke-2, Sergio Ramos menyamakan kedudukan pada minit ke-51.
Lebih malang untuk Napoli apabila penjaring gol mereka, Dries Mertens turut menjaringkan jaringan sendiri.
Ianya selepas tandukan Sergio Ramos terbias pada kepala beliau. Pada kedudukan 1-2, Napoli berada dalam keadaan sangat tertekan.
Alvaro Morata menjaringkan gol ke-3 pada masa kecederaan. Morata melakukan rembatan susulan selepas cubaan Cristiano Ronaldo dihalang oleh Pepe Reina.
Real Madrid telah mara untuk kali ke-7 berturut-turut ke suku akhir UCL dan masih belum tewas dalam 12 perlawanan UCL terakhir mereka.
Ia menjadikan mereka sebagai pasukan yang paling lama tidak tewas dalam UCL dengan 7 kemenangan dan 5 seri setakat ini.
Real Madrid juga menjadi satu-satunya pasukan dari Sepanyol yang menjaringkan gol dalam 47 perlawanan berturut-turut di Itali.
Namun begitu, penggempur prolifik mereka, Cristiano Ronaldo terus kemarau gol UCL dalam 6 perlawanan berturut-turut.
Beliau hanya dipisahkan 5 gol daripada jaringan ke-100 beliau dalam UCL.
Namun begitu beliau telah mencatatkan 5 bantuan gol daripada 7 perlawanan terakhir.
Kemenangan ini sememangnya amat berharga untuk Real Mdrid dalam misi mereka untuk mempertahankan kejuaraan UCL.
Baca juga: Arsenal Kalah 1-5 Di Emirates, Bayern Menang Aggregate 10-2