Portal popular bola sepak sepanyol, marca melaporkan kelab gergasi La Liga, Real Madrid menafikan sedang menyediakan bajet yang besar untuk mendapatkan khidmat bintang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe.
Marca’s Cover | “Real Madrid representative: We will not make an offer for Mbappé.” pic.twitter.com/RVqUgc7g6h
— Real Madrid Info ³⁵ (@RMadridInfo) March 26, 2019
Semalam presiden Real Madrid, Florentino Perez dilaporkan tiada masalah memperuntukkan £430 juta (RM2.3 bilion) kepada pengurus kelab itu, Zinedine Zidane untuk tujuan membeli Mbappe dan £90 (RM483 juta) bakal diraih hasil penjualan Gareth Bale ke kelab Liga Perdana Inggeris.
Mbappé for €280 million
Today's AS front page focuses on a potential new world record transfer fee as Real Madrid target the PSG star
More on this story to follow shortly… pic.twitter.com/fWX63WLHNy
— AS USA (@English_AS) March 26, 2019
Real terdesak membuat rombakan di bahagian serangan menjelang jendela perpindahan akan datang. Kegagalan mereka mencari pengganti setanding Cristiano Ronaldo menyebabkan mereka hilang sengat dalam kempen La Liga dan tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.
Mbappe menjadi pemain termuda membuat 30 penampilan bersama skuad Perancis selepas berada dalam kesebelasan utama ketika aksi kelayakan Euro 2020 menentang Iceland, awal pagi tadi.
Pemain berusia 20 tahun itu, muda enam bulan berbanding Karim Benzema ketika dia mencapai angka itu pada 2010. Dia juga muncul penjaring terbanyak PSG dengan 31 gol dalam 35 penampilan dalam semua kejohanan musim ini.
Real Madrid are ready to offer €280 million for Kylian Mbappé.
Zinedine Zidane has singled him out to be the player to reinforce the Real Madrid squad for 2019/2020 season.
Credit: France Football pic.twitter.com/bxqPqexnDK
— Transferchanger (@TransferChanger) March 26, 2019
Gergasi Sepanyol itu dikaitkan dengan beberapa pemain sejak beberapa minggu lalu dalam usaha mengejar Barcelona dalam saingan domestik dan kelab elit Eropah dalam saingan Liga Juara-Juara.
Zidane juga dilihat cuba memancing bintang Senegal, Sadio Mane. Namun, Liverpool menolak sebarang usaha memikat pemain sayap mereka menurut akhbar Marca.
https://twitter.com/kobinaessel39/status/1108305098919301120
Minat terhadap pemain berusia 2 tahun ini makin meningkat selepas prestasinya makin cemerlang dengan 53 jaringan dan 21 bantuan gol bersama skuad Jurgen Klopp.
Zidane turut berminat membawa masuk pemain Chelsea, Eden Hazard yang sekian lama dikaitkan dengan Real sebelum ini. Hazard memasuki tahun akhir kontrak di Stamford Brdige dan mungkin musim terakhirnya bersama kelab itu.
Paul Pogba turut dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona selepas ejenya Mino Raiola bersetuju dengan kontrak lima tahun berjumlah £89.5 juta (RM480 juta).
Tetapi, menurut Marca minggu lalu, Pogba kembali dalam radar La Liga selepas Zidane dan Real turut menaruh minat terhadap pemain itu.