Real Madrid Nafi Ramos Langgar Peraturan Anti Doping Selepas Perlawanan Akhir Champions League

Real Madrid telah menafikan dakwaan terhadap kapten pasukan, Sergio Ramos telah melanggar peraturan anti doping selepas perlawanan akhir UEFA Champions League 2017 yang berlangsung di Cardiff.

Penafian tersebut dilakukan selepas Der Spiegel mendedahkan pemain pertahanan antarabangsa Sepanyol itu positif untuk bahan larangan anti-radang, dexamethasone.

Pengambilan dexamethasone menjadi larangan dan boleh menyebabkan pemain dihukum gantung sekiranya pengguna tidak memaklumkan mengenai penggunaannya kepada pegawai anti doping di dalam laporan mereka.

Der Spiegel dalam laporan mereka berkata pegawai kawalan doping memberitahu mereka bahawa Ramos telah diberi ubatan anti-radang jenis lain menjelang aksi perlawanan akhir.

(Photo by David Aliaga/NurPhoto via Getty Images)
Real Madrid jelas kekeliruan

UEFA bagaimanapun sudah lama menutup kes dan memaafkan Ramos mengenai salah faham tersebut yang dikatakan diakibatkan oleh doktor perubatan Real Madrid sendiri.

Dalam satu kenyataan, juara Eropah tiga musim berturut-turut itu berkata:

“Ramos tidak pernah melanggar peraturan anti doping. UEFA pernag melakukan pertanyaan, dan menutup terus kes selepas mengetahui perkara sebenar dan pengesahan telah dilakukan sendiri oleh pakar.”

Doktor yang menghantar surat kepada UEFA (dicerobohi oleh Der Spiegel) berkata beliau tersalah tulis nama ubatan yang digunakan terhadap Ramos.

(Photo by Aitor Alcalde/Getty Images)
Masih dengan kebenaran

Pegawai kawalan anti doping dimaklumkan Ramos disuntik dengan ubatan betamehasone di lutut kiri dan bahu kiri, yang juga tidak dibenarkan oleh WADA, dan bukannya dexamethasone.

Kedua-dua jenis ubatan adalah bahan larangan untuk tujuan anti-radang, dan hanya dibenarkan penggunaan oleh World Anti-Doping Authority (WADA), jika pengesahan awal mengenai keperluan dilakukan di peringkat awal rawatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN