Real Madrid telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan penjaga gol pasukan itu, Thibaut Courtois terpaksa dikeluarkan selepas babak pertama perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Club Brugge tempoh hari adalah akibat gangguan kebimbangan.
Real Madrid ketinggalan 2-0 pada babak pertama, dan Zinedine Zidane terpaksa mengeluarkan Courtois dan digantikan dengan Alphonse Areola sebelum Real kembali bangkit untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 2-2.
Apa itu gangguan kebimbangan?
Menurut perkongsian dari portal kesihatan WebMD, gangguan kebimbangan diklasifikasikan sebagai gangguan mental yang menyebabkan keresahan dan cemas melampau tanpa alasan untuk berbuat demikian.
Generalized anxiety disorder affects the way a person thinks, but the anxiety can lead to physical symptoms too. What to know: https://t.co/6ejJ2RYrXo pic.twitter.com/Z2yUnZpBSc
— WebMD (@WebMD) September 30, 2019
Gangguan kebimbangan juga berkait rapat dengan serangan panik (panic attack) yang mempunyai tahap-tahap tertentu untuk mereka yang mengalaminya.
Real Madrid nafi
Bagaimanapun Real Madrid menafikan penjaga gol antarabangsa Belgium itu mengalami gangguan kebimbangan ketika perlawanan sedang berlangsung.
“Mengenai pelbagai laporan mengaitkan pemain kami Thibaut Courtois, Real Madrid ingin melakukan pencerahan seperti berikut:
“Pemain kami tidak menghidap gangguan kebimbangan. Ini bermakna laporan-laporan tersebut adalah salah.
Comunicado Oficial: Courtois.#RealMadrid
— Real Madrid C.F.⚽ (@realmadrid) October 4, 2019
“Tetapi sebaliknya Thibaut Courtois disahkan mengalami sakit perut ketika perlawanan akibat dehidrasi dan ketidakseimbangan bendalir di dalam badan. Disebabkan situasi itu, mustahil bagi beliau menamatkan saingan menentang Club Brugge pada Selasa lalu.
“Setakat ini, pemain memberikan reaksi positif terhadap rawatan yang diberikan.”
Real Madrid : remplacé par Areola contre Bruges, Courtois était malade https://t.co/dtZiM7hjJn pic.twitter.com/zBmxIpsOKv
— L’ÉQUIPE (@lequipe) October 1, 2019
Sumber kepada ESPN FC berkata Courtois sememangnya melaporkan dirinya merasa pening dan tidak selesa di perut selepas makan tengah hari.
Malah penjaga gol itu tidak akan bersedia untuk perlawanan menentang Granada dan dijadualkan untuk terus menerima rawatan bersama pihak kelab.