Real Madrid Nafi Bida Neymar Dengan Tanda Harga €310 Juta

Real Madrid terpaksa mengeluarkan satu kenyataan untuk menafikan pihak mereka telah membida Neymar daripada Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai rekod dunia berjumlah €310 Juta.

Kenyataan tersebut terpaksa dilakukan untuk menafikan laporan oleh sebuah syarikat penyiar televisyen di Sepanyol, TV Espanola (TVE) yang melaporkan nilai tersebut telah diusulkan kepada juara Ligue 1 tersebut.

TVE turut berkata gergasi La Liga itu masih belum mendapat jawapan daripada PSG mengenai bidaan tersebut, sebelum menukarkan fakta artikel milik mereka selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Real Madrid.

Berita perpindahan bintang Brazil itu kembali bertiup kencang selepas Neymar menyinar dalam perlawanan pusingan kalah mati Piala Dunia menentang Mexico.

Neymar menjaringkan gol pembukaan pasukan Brazil, sebelum lorongannya mudah disempurnakan Roberto Firmino pada pengakhiran babak kedua perlawanan.

(Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

Real Madrid menafikan sebarang usaha membawa pemain tersebut ke Estadio Santiago Bernabeu, dan mengeluarkan kenyataan di laman sesawang rasmi milik kelab.

“Merujuk kepada laporan oleh TVE pada malam [Isnin] ini mengenai bidaan Real Madrid kepada PSG berkenaan Neymar, pihak kelab ingin mengesahkan laporan tersebut sebagai tidak benar.”

“Real Madrid tidak melakukan sebarang bidaan kepada PSG, atau kepada mana-mana pemain milik PSG.”

“Kelab ini terkejut dengan tindakan sebuah syarikat penyiar televisyen Sepanyol yang menyiarkan laporan dengan informasi yang tidak benar. Malah tidak ada sesiapa dari pihak syarikat tersebut yang tampil untuk melakukan pengesahan terlebih dahulu dengan pihak-pihak yang berkaitan di dalam laporan tersebut.”

(Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Real Madrid baharu sahaja melantik Julen Lopetegui sebagai penganti Zinedine Zidane selaku pengurus pasukan dengan cara penuh kontroversi menjelang sepak mula Piala Dunia. Sehingga kini, belum jelas apakah perancangan sebenar Lopetegui untuk Real Madrid.

Manakala Neymar kini akan bersiap sedia untuk berhadapan dengan Belgium di peringkat suku akhir Piala Dunia. Skuad kendalian Roberto Martinez bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menewaskan Jepun 3-2 di minit akhir perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN