Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid menjadikan penyerang Belgium, Eden Hazard berada dalam pelan C untuk dibawa ke Santiago Bernabeu andai perpindahan Neymar dan penyerang PSG, Kylian Mbappe’ tidak menjadi kenyataan.
Saham bintang Chelsea itu meningkat selepas menjadi watak penting buat pasukannya menewaskan Brazil pada saingan Piala Dunia Jumaat lalu, sekali gus menenggelamkan kehebatan bintang skuad Canarinha termasuk Neymar.
Neymar sudah lama menjadi pemain idaman Presiden Real Madrid, Florentino Perez dan bekas penyerang Barcelona itu dilihat bakal menyertai skuad Galactico.
Eden Hazard will be delighted to learn he is Real Madrid’s ‘Plan C’ pic.twitter.com/sLwcF0QiRh
— The Spanish Football Podcast (@tsf_podcast) July 9, 2018
Dengan Cristiano Ronaldo dikatakan bakal berpindah ke Juventus, ia memberi ruang untuk Neymar menjadi bintang baru bersama kelab gergasi Sepanyol itu.
Bagaimanapun ia pasti sukar untuk memujuk Paris Saint-Germain melepaskan pemain yang dibeli dengan rekod perpindahan selepas hanya semusim.
Jadi Real Madrid pasti mahu mencari alternatif lain.
https://twitter.com/Realmadridplace/status/1015896918474608640
Radar kelab itu kini terarah kepada pemain berusia 27 tahun itu yang memiliki pengalaman luas serta kelincahan yang bakal memikat hati penyokong skuad Los Blancos.
Malah seluruh dunia tertumpu kepada Hazard apabila kini meneruskan kempen Piala Dunia di Russia sedangkan Neymar dan Brazil sudah tersingkir.
Hazard in an interview with L'Equipe before the tournament: "If I have a good World Cup then things will be easier. Real Madrid interest me, everybody knows that, and if they don't love me then they won't talk about it. If they want to buy me then they know what they have to do."
— ChelsTransfer (@ChelsTransfer) July 9, 2018
“Jika saya mendapat keputusan yang baik di Piala Dunia, ia akan memudahkan saya.
“Real Madrid berminat dengan saya, semua orang tahu mengenai perkara itu dan jika mereka tidak berminat, mereka tidak akan bercakap mengenainya. Jika mereka mahukan saya, mereka tahu apa yang perlu dilakukan.” kata Hazard.