Seperti dijangka, Real Madrid antara kelab yang berminat untuk mendapatkan penjaga gol berbakat AC Milan.
Donnarumma membuat pusingan U dan menolak untuk menandatangani kontrak lanjutan di AC Milan. Hal itu disahkan sendiri oleh Mino Raiola.
Berita ini sangat mengecewakan penyokong-penyokong Milan yang mahu melihat bintang muda itu kekal di Milan. Lebih-lebih lagi kelab tersebut dalam usaha merombak dan merevolusi pasukan untuk musim hadapan.
Di sisi yang lain, berita ini telah mendapat perhatian banyak kelab utama di dunia. Donnarumma adalah penjaga gol muda yang luar biasa dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Menurut Sport Mediaset, Real Madrid bersedia menawarkan duit + Navas di dalam perjanjian untuk mendapatkan Donnarumma.
Keylor Navas adalah pemain yang disayangi oleh rakan sepasukan beliau di Real Madrid. Beliau juga menjadi penjaga gol penting dalam membantu Real Madrid memenangi UCL dan La Liga musim ini.
Musim lalu, Navas juga antara pemain terbaik Real Madrid ketika kelab tersebut menjuarai UCL.
Real Madrid yakin ia tawaran yang menarik kerana mereka menawarkan penjaga gol yang berkualiti menggantikan Donnarumma.
Milan kini dikaitkan dengan beberapa nama untuk menggantikan pemain muda tersebut. Antaranya adalah Pepe Reina.
Namun Presiden Napoli menyatakan perkara tersebut tidak akan berlaku. Mereka tidak akan melepaskan Reina ke AC Milan. Ia hanya langkah yang akan menguatkan lagi pesaing mereka.
Real Madrid dikatakan bakal memulakan tawaran sekitar €30 juta dan ditambah dengan Keylor Navas.
Sumber
Football Italia – Milan to swap Gigio for Keylor?