2 akhbar popular dari Catalan, Mundo Deportivo dan Sport telah mendakwa Real Madrid adalah pasukan yang paling banyak mendapat keputusan pengadil berat sebelah yang berpihak kepada mereka.
Ianya sekaligus menjadi punca kenapa pasukan tersebut berada di singgahsana liga musim ini setakat ini.
Real Madrid berada di puncak liga dengan kelebihan 1 mata berbanding Sevilla. Namun Real Madrid ada 1 baki perlawanan.
Dalam edisi akhbar mereka pada Selasa lalu, kedua-dua akhbar ini telah membentangkan analisis mereka tentang setiap keputusan pengadil ke atas Real Madrid.
Hasilnya, kedua-dua akhbar terbabit membuat kesimpulan yang sama iaitu, keputusan pengadil banyak berpihak kepada Real Madrid.
Barcelona mangsa mutu pengadilan
El Mundo Deportivo dalam artikel 2 muka surat khas mereka bertajuk ‘Barcelona Seharusnya Di Atas’ telah menyatakan Barca adalah pendahulu liga sekiranya keputusan pengadil lebih adil.
Walaupun minggu lalu, pengadil tersilap membatalkan gol Juanmi yang dikatakan ofsaid ketika menentang Barcelona.
Akhbar ini mendakwa, Barcelona harus mendapat pengadilan penting ketika Barcelona tewas 4-3 di tangan Celta Vigo.
Mereka berkata, pemain Celta Vigo harus dilayangkan kad merah dan 1 penalti harus diberikan kepada Barca.
Barcelona turut menjadi mangsa gol Pique yang dibatakan walaupun ia bersih ketika menentang Malaga.
Seterusnya adalah pengadil tidak memberikan penalti kepada Barcelona ketika menentang Valencia selepas Bruno double handball. Ia adalah perkara yang mengganggu aspirasi kejuaraan Barcelona musim ini.
8 mata ‘dihadiahkan’ pengadil kepada Real Madrid
2 akhbar ini turut mendakwa Real Madrid telah mendapat 8 mata yang tidak sepatutnya kerana keputusan pengadil yang menyebelahi mereka.
Real Madrid mendapat 2 mata tambahan ketika menentang Celta. Gol Alvaro Morata jelas ofsaid.
2 mata tambahan kerana keputusan pengadilan lemah ketika menentang Espanyol. Pengadil tidak membuang padang Sergio Ramos dan tidak menganugerahkan Espanyol 2 penalti.
2 mata lagi ketika menentang Deportivo. Oleh kerana Sergio Ramos tidak dibuang padang, pemain itu telah menjaringkan gol dalam kemenangan 3-2.
2 mata tambahan terakhir daripada 8 yang dinyatakan adalah ketika menentang Malaga. Real Madrid menang kerana Sergio Ramos menjaringkan gol dalam kedudukan ofsaid.
Rumusan
Akhir sekali, akhbar ini merumuskan 31 kesilapan pengadilan berpihak kepada Real Madrid musim ini. 21 daripadanya adalah dalam La Liga.
Di akhir artikel mereka menulis:
“Data ini adalah sah. Jelas sekali pengadil memihak kepada pasukan Zinedine Zidane.”
Baca juga: FMLLP Umum Tarikh Baru Bagi Perlawanan Liga Super & Liga Perdana Yang Tertangguh